BIRMINGHAM - Gol jaringan Romelu Lukaku dan Leon Osman berjaya
membantu Everton melakar kemenangan kelima musim ini apabila mengatasi
Aston Villa 2-0 dalam aksi Liga Perdana England kelmarin.
Ia merupakan jaringan kelima Lukaku musim ini sejak dipinjamkan dari Chelsea.
Keputusan itu meletakkan skuad kendalian Roberto Martinez kini di
tempat keempat liga apabila ketinggalan empat mata di belakang
pendahulu, Arsenal.
"Lukaku cukup bertenaga dan bagus ketika di udara. Corak permainannya
yang konsisten serta sentuhan penyudahnya yang tajam cukup
menggembirakan saya.
"Jika dia kekal cergas tanpa sebarang kecederaan, saya percaya Lukaku
merupakan antara penyerang terbaik di dunia," kata Martinez.
Namun, kecemerlangan Lukaku dilihat belum memikat hati Jose Mourinho
yang kekal dengan keputusan meminjamkan pemain itu kali ini selepas
menghabiskan masa bersama West Bromwich Albion musim lalu. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan