London: Frank Lampard yakin England mampu mengekalkan tahap
kesabaran ketika menentang Poland dalam perlawanan terakhir kelayakan
di Wembley awal pagi Rabu ini sekali gus memastikan tiket Piala Dunia
tahun depan menjadi milik mereka.
Three Lions mendahului carta Kumpulan H selepas menang ke atas Montenegro 4-1 di laman sendiri, kelmarin.
Namun, untuk menjamin tempat di pusingan akhir di Brazil 2014, mereka
harus menewaskan Poland terlebih dulu dengan mengambil kira seteru dalam
kumpulan itu Ukraine dijangka mudah menewaskan lawan terakhir mereka
San Marino.
Poland sebenarnya sudah tidak berpeluang untuk mara tetapi Lampard tidak mahu cerita November 2007 berulang apabila Croatia yang juga tidak mempunyai peluang lagi mara ke pusingan akhir Euro 2008 mengejutkan mereka 3-2 di Wembley.
‘Rumah’ bola sepak
Keputusan itu menyaksikan peluang England untuk mara ke pusingan akhir Euro 2008 musnah disusuli peletakan jawatan pengurus Steve McClaren.
“Saya tidak akan memikirkan perlawanan itu terlalu banyak,” kata Lampard yang menjaringkan gol ketika menentang Croatia. “Anda akan mengingati malam buruk itu sebanyak mungkin daripada perkara yang bagus.”
Pada Jun lalu, England terikat 2-2 dengan Brazil dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Maracana dan Lampard yang akan berusia 36 tahun, tahun depan berkata, dia tidak sabar untuk kembali beraksi di sana.
“Brazil adalah salah satu ‘rumah’ untuk bola sepak,” kata Lampard. “Kami percaya betapa kami juga adalah salah satu ‘rumah’ untuk bola sepak, tetapi anda perlu mengagumi sejarah mereka (menjuarai Piala Dunia lima kali) dan semangat mereka di sana.
“Kami bermain di sana pada musim panas lalu dan anda boleh merasai magis di seluruh kawasan itu. Jika anda bermain untuk negara anda sudah pasti anda mahu menyertai Piala Dunia di sana dan itulah jawapan kenapa perlawanan nanti (bertemu Poland) adalah satu perlawanan yang penting.”
AFP

Tiada ulasan:
Catat Ulasan