Madrid: Barcelona meneruskan rentak kemenangan La Liga musim ini
apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Valladolid 4-1
sekali gus melebarkan deretan kemenangan kepada lapan perlawanan
berturut-turut.
Real Madrid, sementara itu, masih ketinggalan lima mata di belakang selepas Alvaro Morata dan Cristiano Ronaldo meledak gol pada masa kecederaan untuk kemenangan 3-2 di Levante.
Real Madrid, sementara itu, masih ketinggalan lima mata di belakang selepas Alvaro Morata dan Cristiano Ronaldo meledak gol pada masa kecederaan untuk kemenangan 3-2 di Levante.
Barca turun tanpa pemain terbaik dunia, Lionel Messi yang cedera di
bahagian paha, tetapi ketiadaannya tidak dirasai selepas Neymar
menampilkan persembahan menakjubkan.
Bisa Neymar
Javi Guerra meletak Valladolid di depan menerusi tandukan minit ke-10, tetapi Alexis Sanchez kembali menyamakan kedudukan dengan rembatan padu empat minit kemudian. Selepas rehat, Xavi dan Sanchez menambah jaringan bermula dari gerakan Neymar yang kemudian melengkapkan kemenangan dengan gol ketiga untuk Barcelona.
“Neymar bermain seperti Neymar, setiap orang ada gaya permainan tersendiri,” kata Sanchez yang cuba menafikan dakwaan yang ketiadaan Messi memberi peluang untuk mereka lebih menyerlah.
Real ketinggalan
“Mereka dua pemain berbeza. Saya tidak fikir kami lebih bebas apabila Messi tiada. Ketiadaannya membuat kami bekerja lebih banyak kerana bermain dengan Messi cukup mudah.”
Real juga ketinggalan dan terpaksa bekerja keras untuk meraih tiga mata yang membuka kembali harapan untuk bersaing merebut kejuaraan. Anak buah Carlo Ancelotti ketinggalan 2-1 selepas 90 minit, tetapi Morata dan Ronaldo memanfaatkan masa kecederaan untuk mengatasi Levante.
AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan