LONDON - Manchester City dijangka berdepan satu lagi ujian sukar
dalam saingan Liga Perdana England menentang Everton di Stadium Etihad
malam esok.
Berbanding Everton yang masih kebal dengan rekod tanpa kalah musim
ini, anak-anak buah Manuel Pellegrini dikejutkan dengan kekalahan 2-3
kepada Aston Villa, Sabtu lalu.
Selain itu, skuad The Citizens turut dikejutkan dengan kekalahan 1-3
kepada Bayern Munich pada aksi Liga Juara-Juara di gelanggang sendiri
awal pagi semalam.
"Sudah tentu saya bimbang mengenai kesilapan yang dilakukan
pemain-pemain tetapi saya rasa, ia bukan satu perlawanan yang mudah.
Kami menentang salah sebuah pasukan yang hebat.
"Persembahan kami tidak seperti yang dirancang. Sesuatu yang penting
untuk memikirkan mengenai masa depan dan mencari jalan penyelesaiannya,"
kata Pellegrini mengenai kekalahan kepada Bayern.
Everton menjadi pasukan tunggal yang masih belum tewas sepanjang enam
perlawanan pertama musim ini dan memenangi tiga perlawanan terakhir
berturut-turut.
Situasi itu meletakkan Everton di tangga keempat selepas mengumpul 12 mata iaitu tiga mata di depan pendahulu, Arsenal.
Sementara itu, David Moyes dijangka tidak berdepan masalah untuk
menewaskan Sunderland yang hanya mengutip satu mata musim ini dan tiada
pengurus tetap selepas Paolo Di Canio di pecat.
Wayne Rooney yang tidak beraksi ketika United seri 1-1 dengan
Shakhtar Donetsk pada aksi Liga Perdana England awal pagi semalam
dijangka kembali mengemudi jentera serangan skuad The Red Devils.
Bagi pengendali sementara Sunderland, Kevin Ball, perlawanan
menentang United dianggap sebagai medan terbaik untuk mendapatkan
jawatan itu secara tetap. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan