Saya tak minat kembali: Fergie
London: Ketika ramai menjangkakan Alex Ferguson bakal kembali menyelamatkan Manchester United, bekas pengurus kelab itu tampil menegaskan dia langsung tidak berminat untuk terbabit atau mengurus semula pasukan.

“Saya tidak berminat atau memikirkan soal keputusan dialami pasukan Manchester United,” kata Ferguson dalam satu temubual dengan televisyen Amerika Syarikat, semalam.
“United berada dalam kawalan yang baik di bawah David Moyes. Dia akan melakukannya dengan baik. Dia pengurus yang bagus. Anda akan hanya membuang wang anda jika bertaruh saya akan kembali sebagai pengurus.


“Saya sudah membuat keputusan. Tidak mungkin saya akan berpatah balik sekarang. Saya sudah mempunyai kehidupan baru,” - Agensi