Berita Harian
Alor Setar: Juara bertahan, SMK Tunku Anum dari Kedah, yakin
mereka bakal dimahkotakan kejuaraan Liga Kementerian Pelajaran Bawah 17
Tahun kali keempat apabila menentang SMK Bukit Nenas dari Terengganu
pada final di Alor Star, Sabtu ini.
“Kami yakin; kami perlu bersikap begitu kerana kami bakal bermain di laman sendiri. Namun ia bukanlah mudah apabila menentang pasukan dari Terengganu,” kata jurulatihnya, Mohd Rizal Johan.
“Kami yakin; kami perlu bersikap begitu kerana kami bakal bermain di laman sendiri. Namun ia bukanlah mudah apabila menentang pasukan dari Terengganu,” kata jurulatihnya, Mohd Rizal Johan.
“Pasukan lawan mempunyai kekuatan fizikal, jadi kami perlu lebih
berhati-hati. Saya percaya kelebihan berpihak kepada mereka tetapi kami
telah bersedia dan dalam beberapa hari ini, kami akan menumpukan
perhatian untuk menaikkan semangat pasukan.”
Tunku Anum yang juga juara 2010-2012 menempah tempat ke final selepas menewaskan SMK Syed Hassan dari Perlis dengan agregat 2-0.
SMK Bukit Nenas pula sekadar menang tipis 1-0 di tempat lawan dalam separuh akhir pertama dan seri 2-2 dalam perlawanan timbal balik.
“Ia adalah perjalanan yang panjang dan mencabar untuk kami, oleh itu saya memberitahu pemain supaya menganggap perlawanan final nanti sama seperti perlawanan lain. Kami tidak akan bermain dalam tekanan kerana di tempat lawan, jadi kami akan memanfaatkan segala peluang yang ada untuk menyukarkan lawan.”
INFO: Final Sabtu SMK Tunku Anum (Kedah) mln SMK Bukit Nenas (Terengganu)
4 ptg di Std Darulaman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan