LONDON - Jaringan hatrik Luis Suarez membantu
Liverpool membelasah West Bromwich Albion 4-1 semalam sekali gus memberi
tekanan buat pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal.
Suarez berjaya menjaringkan dua gol hanya dalam tempoh lima minit dan
berjaya meledakkan hatriknya selepas babak kedua bermula bagi membantu
Liverpool merangkul tiga mata penuh dengan mengumpul 20 mata, dua mata
di belakang Arsenal yang juga telah mencatat kemenangan 2-0 ketika
bertemu Crystal Palace walaupun terpaksa bermain dengan 10 pemain.
Ledakan hatrik pertama Suarez di laman sendiri dan permainan yang menarik yang ditunjukkan Daniel Sturridge berjaya meletakkan Reds
antara empat pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris setakat ini dan
pengurus Brendan Rodgers menyifatkan gandingan kedua-dua penyerang ini
hebat.
"Saya rasa ini merupakan hatrik pertama Suarez di Anfield dan kita semua menyaksikan komitmennya dalam pasukan.
"Gol yang dijaringkan Sturridge merupakan gol yang kita biasa lihat
beberapa tahun lalu. Pemain yang berkualiti menjaringkan gol seperti itu
ialah Kenny Dalglish. Sangat menakjubkan," kata Rodgers.
Liverpool mencatat satu kekalahan dalam 17 perlawanan liga musim ini
dan gerakan solo Suarez melepasi dua pertahanan West Brom memberi
peluang kepada penyerang Uruguay itu merembat bola menewaskan penjaga
gol Boaz Myhill pada minit ke-12.
Suarez yang memulakan kempen musim ini selepas melengkapkan
penggantungan 10 perlawanan kerana menggigit pertahanan Chelsea,
Branislav Ivanovic, April lalu masih mampu menjaringkan enam gol dalam
empat perlawanan sejak kembali membarisi Reds.
Penyerang berusia 26 tahun itu menyumbat gol kedua pada minit ke-17
dan melengkapkan hatriknya selepas menyempurnakan hantaran sepakan
percuma Steven Gerrard pada minit ke-55 bagi menjadikan kedudukan 3-0.
West Brom berjaya mencuri satu gol menerusi sepakan penalti yang
disempurnakan James Morrison, namun sepakan sungkit Sturridge daripada
luar kotak penalti memastikan kemenangan buat pasukan Liverpool. -
REUTERS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan