Berita Harian
Paris: Perancis antara prospek untuk beraksi dalam perlawanan
‘play-off’ kelayakan Piala Dunia dan bakal berdepan salah satu kuasa
besar bola sepak, namun tidak kira pasukan mana yang ditemui, jurulatih
mereka, Didier Deschamps percaya lawan mereka tidak akan mudah mengukir
senyuman.
Perancis berada tiga mata di belakang pendahulu Kumpulan I, Sepanyol dengan berbaki satu lagi perlawanan dan dilihat hampir pasti melangkah ke ‘play-off’ bagi merebut tempat ke Brazil tahun depan.
Perancis berada tiga mata di belakang pendahulu Kumpulan I, Sepanyol dengan berbaki satu lagi perlawanan dan dilihat hampir pasti melangkah ke ‘play-off’ bagi merebut tempat ke Brazil tahun depan.
Namun, mereka mempunyai sedikit peluang untuk diletakkan sebagai
pasukan pilihan yang berkemungkinan besar berdepan Sweden yang diketuai
Zlatan Ibrahimovic atau Portugal yang diterajui Cristiano Ronaldo.
“Menjadi pasukan pilihan tidak memberi sebarang makna hanya selain anda tidak bertemu pasukan yang difikirkan paling kuat,” kata Deschamps pada sidang media di pusat latihan Clairefontaine Perancis berhampiran Paris.
“Tetapi saya mempunyai pemikiran, pasukan yang akan diundi menentang Perancis juga tidak akan tersenyum. Kami bukannya berada dalam kelompok pasukan yang paling handal dalam dunia tetapi...”
Tiada pilihan
Portugal juga dilihat terpaksa beraksi dalam ‘play-off’ selepas mencatat keputusan seri 1-1 ketika menentang Israel yang meninggalkan mereka tiga mata di belakang pendahulu Kumpulan F, Russia.
Setiap pasukan termasuk Portugal juga boleh bertembung dalam ‘play-off’, seperti mana dinyatakan Ronaldo sebelum ini betapa Perancis adalah pasukan yang paling digeruninya.
“Saya tidak boleh katakan yang saya berharap bertemu Portugal,” kata Deschamps menjawab kepada persoalan itu. Ditanya sama ada dia lebih gemar berdepan pasukan yang mempunyai kemahiran tinggi atau kekuatan fizikal, Deschamps menegaskan tiada pilihan antara Portugal dan Sweden.
“Tiada apa yang boleh kami lakukan untuk mengelak mereka. Jika anda bercakap mengenai dua pasukan itu, anda akan bercakap mengenai Ronaldo ataupun Ibra. Kedua-dua negara ini sangat hebat,”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan