Kuala Lumpur: Gelanggang perlawanan separuh akhir pertama Piala
Malaysia antara Tentera dan Kelantan pada 18 Oktober ini ditukarkan
dari Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) ke Stadium Shah Alam.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata penukaran gelanggang itu adalah atas permintaan Tentera sebagai tuan rumah selepas mengambil kira jumlah penonton dan soal keselamatan.

Sepak mula perlawanan itu kekal jam 8.45 malam, katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Stadium MPS mempunyai kapasiti 16,000 penonton manakala Stadium Shah Alam boleh menampung 80,000 penonton.
Hamidin berkata perlawanan akhir Piala Presiden 2013 antara Kelantan dan Perak akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu, Sabtu ini, mulai 8.45 malam.
BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan