BERLIN - Jurulatih yang memenangi juara trebel bersama Bayern Munich
musim lalu, Jupp Heynckes menafikan spekulasi bahawa dia bakal mengisi
kekosongan jawatan jurulatih Barcelona.
Sebaliknya bekas pengendali Bayern berusia 68 tahun itu menegaskan
bahawa dia lebih gemar menikmati tempoh persaraannya pada masa ini.
Heynckes telah mengemudi Bayern untuk muncul kelab Jerman pertama
memenangi gelaran trebel iaitu Liga Juara-Juara, Liga Jerman serta Piala
Jerman pada musim lalu.
Bagi saingan Eropah, Bayern melengkapkan gelaran kelima mereka
manakala untuk liga domestik, ia merupakan gelaran ke-25 kelab itu.
Selepas mencipta sejarah gemilang tersebut, Heynckes bertindak
meletak jawatan selaku jurulatih Bayern penghujung musim lepas namun dia
menafikan bakal menggantikan tempat Tito Vilanova yang turut melepaskan
jawatannya selaku jurulatih Barcelona Jumaat lalu.
"Saya rasa adalah mustahil untuk saya kembali membimbing kelab baharu selepas saya bersara bersama Bayern Munich.
"Saya kini sentiasa sibuk dengan hobi tersendiri. Saya juga aktif
bersukan serta memelihara binatang peliharaan serta menguruskan kebun
bagi mengisi masa lapang," kata He ynckes.
Vilanova, 44, bertindak meninggalkan Barcelona selepas dia perlu menjalani rawatan lanjutan serta pembedahan kanser tekaknya.
Selain Heynckes, bekas bintang Belanda, Ronald Koeman turut dikaitkan dengan jawatan jurulatih kelab gergasi Sepanyol itu.
"Saya masih belum menerima sebarang tawaran tentang perkara tersebut.
"Tetapi, saya ada mendengar tentang keadaan kesihatan Vilanova dan
saya bersimpati terhadapnya. Tetapi, siapa yang bakal menjadi jurulatih,
saya masih belum tahu," jelas Koeman, 50, yang kini membimbing
Feyenoord. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan