Manchester: Nani memberi isyarat dia mahu kekal di Old Trafford
bersama Manchester United walaupun Monaco berminat mendapatkan
khidmatnya.
Pemain sayap Portugal berusia 26 itu masuk tahun terakhir dalam kontraknya bersama juara Inggeris berkenaan dan Monaco bersedia menawarkan sejumlah 8.5 juta (RM42.5 juta) berserta kontrak tiga tahun.
Pemain sayap Portugal berusia 26 itu masuk tahun terakhir dalam kontraknya bersama juara Inggeris berkenaan dan Monaco bersedia menawarkan sejumlah 8.5 juta (RM42.5 juta) berserta kontrak tiga tahun.
Bagaimanapun Nani seperti berat untuk meninggalkan Old Trafford dan mula menyuarakan hasratnya untuk kekal dengan mengatakan yang dia berminat untuk bermain di bawah pengendali baru, David Moyes.
“Memang ada perubahan tetapi kami berharap pengurus baru tampil dengan lebih banyak idea segar dan akan membantu kami menang lagi,” kata Nani berkenaan Moyes yang menggantikan Alex Ferguson.
“Pemain perlu membuktikan kemampuan mereka kerana kini pengurus berbeza. Dia tahu selok-belok Liga Perdana Inggeris dan dia kenal sebahagian besar daripada kami.” - Agensi
Berita Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan