Kuala Lumpur: “Sekurang-kurangnya saya akan cuba untuk
menjaringkan satu gol.” tekad penyerang Harimau Malaya, Safee Sali
menjelang pertemuan dengan Chelsea di Stadium Shah Alam, malam ini andai
ditakdirkan perlawanan berkesudahan dengan skuad kebangsaan tewas lagi
kepada kelab Liga Perdana Inggeris itu.
“Kami sedar secara realistiknya memang susah nak menang dengan kelab hebat seperti Chelsea ini. Tapi kami tetap akan bersungguh-sungguh mempamerkan satu persembahan menarik dan terbaik.
“Kami sedar secara realistiknya memang susah nak menang dengan kelab hebat seperti Chelsea ini. Tapi kami tetap akan bersungguh-sungguh mempamerkan satu persembahan menarik dan terbaik.
“Jika tak dapat mencapai kemenangan sekali pun, kami akan cuba untuk
menjaringkan gol untuk menggembirakan penyokong. Itu sesuatu yang tidak
mustahil dilakukan kerana saya dan beberapa pemain lain turut pernah
melakukannya ketika bertemu kelab Liga Perdana Inggeris sebelum ini,”
kata Safee ketika dihubungi, semalam.
Pernah bolosi gol Liverpool
Safee, 29, pernah menjaringkan dua gol ketika skuad kebangsaan tewas 6-3 kepada Liverpool pada 16 Julai 2011 di Stadium Nasional, Bukit Jalil dengan satu lagi jaringan menerusi sepakan percuma Safiq Rahim.
Amri Yahyah turut melakar sejarah menjaringkan dua gol ketika skuad kebangsaan tewas 3-2 kepada Manchester United pada 18 Julai 2009.
Pemain tempatan lain yang turut pernah membolosi gawang kelab Liga Perdana Inggeris ialah Hairuddin Omar ketika tewas 4-1 kepada Chelsea pada 2003, Azmi Muslim ketika tewas 2-1 kepada Arsenal pada 2012 dan Azammuddin Akil ketika tewas 3-1 kepada Manchester City pada 2012.
“Saya tidak pasti diturunkan dalam kesebelasan utama atau tidak, tapi saya sudah cergas sepenuhnya dan menjalani latihan penuh selama tiga hari. Saya cukup bersemangat untuk turun bertemu Chelsea,” katanya.
Berita Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan