LONDON - Peluang Manchester United untuk membeli Cesc Fabregas secara
tiba-tiba bertukar cerah selepas bos Barcelona, Tito Vilanova
meletakkan jawatan secara mengejut ekoran penyakit kanser yang
dihidapinya menyerang kembali.
Ini bermakna United masih boleh berharap untuk mengambil kesempatan
terhadap ketidakpastian yang melanda gergasi Catalan itu dan menyakinkan
Fabregas untuk berpindah.
Barca baru sahaja memberi reaksi terhadap minat yang ditunjukkan
United itu minggu ini dengan menyatakan pemain tengah tersebut bukan
untuk dijual.
Namun, bos baharu Red Devils, David Moyes kelihatan amat
optimis untuk membeli bekas bintang Arsenal tersebut, dengan ketua
eksekutif, Ed Woodward masih dalam perundingan bagi mendapatkan khidmat
pemain itu dengan harga 30 juta pound (RM146 juta).
Dalam laporan yang bertentangan, Fabregas, 26, menyakinkan juara
Sepanyol itu bahawa dia mahu kekal bersama Barca. Vilanova, 44, telah
menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada tekaknya pada penghujung
2011, tetapi penyakit tersebut dikesan datang setahun selepas itu.
Presiden Barca, Sandro Rosell berkata: "Ini adalah satu berita yang tidak pernah saya duga.
"Selepas menilai hasil ujian rutin dan pemeriksaan yang dijalani
Tito, keputusan untuk membuat rawatan susulan tidak sesuai untuknya
meneruskan tanggungjawab sebagai jurulatih skuad utama."
Andre Villas-Boas menjadi calon pilihan untuk menggantikan Vilanova.
Namun, boss Spurs itu enggan mengulas mengenai kekosongan jawatan di Nou
Camp.
Dia berkata: "Ini merupakan situasi yang sukar dan doa saya
mengiringi Tito. Ini bukan saatnya untuk bercakap tentang sebarang
spekulasi. Kita bercakap mengenai kesihatan seseorang." - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan