LONDON - Fernando Torres bakal berdepan cabaran untuk terus kekal di Chelsea seandainyanya The Blues berjaya mendapatkan penyerang Manchester United, Wayne Rooney.
Torres sedar peluangnya semakin tipis jika Rooney tiba di Stamford
Bridge, namun dia bertekad untuk berjuang bermati-matian merebut posisi
sebagai penyerang utama.
Penyerang Sepanyol itu telah memberitahu rakannya bahawa dia tidak
akan meninggalkan London setelah keluarganya kini selesa berada di
bandaraya England itu.
Meskipun dia pernah menyatakan niatnya untuk kembali semula
Liverpool, namun dia mengubah semula fikirannya itu selepas berjaya
mengharungi cabaran di kelab London itu selama dua tahun setengah.
Torres, 29, masih mempunyai baki tiga tahun lagi dalam kontraknya selepas tiba dari Liverpool pada Januari 2011.
Walaupun penghijrahannya ke Stamfrod Bridge masih dilihat belum
membuahkan kejayaan cemerlang, penyerang Sepanyol itu masih gembira
tinggal di London meskipun berdepan kesukaran.
Pengurus The Blues, Jose Mourinho telah menegaskan bahawa
Rooney adalah buruan utamanya dan akan mengetuai jentera serangan mereka
musim ini sekiranya dia dilepaskan oleh United.
Meskipun menunjukkan peningkatan dengan menyumbang 22 gol dalam 64
penampilan musim lepas, Mourinho masih tetap mahu menggunakan khidmat
Rooney. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan