TIDAK ada siapa yang dapat meneka apa yang bersarang di hati penyanyi
kesayangan ramai ini. Apa yang berlaku selama ini memang sukar dijangka
apatah lagi melibatkan soal hati dan perasaan.
Walaupun kisah rumah tangga penyanyi ini sering mendapat liputan
meluas sejak dulu tapi cerita sensasi Hattan tak pernah habis. Ada
sahaja cerita yang menarik perhatian peminat terutama membabitkan soal
rumah tangga.
Walaupun gagal dalam perkahwinan keduanya itu langsung tidak membuatkan penyanyi lagu Biso Bonar ini mengalah. Yang mengejutkan ramai pihak apabila dia mengumumkan bakal bernikah semula dengan bekas isterinya.
Jika tidak ada aral melintang, Hattan bakal bernikah dengan Arianie
Mohd Abidin Rabu ini bersamaan 15 Ramadan di sebuah hotel di Putrajaya.
Macam yang berlaku sebelum ini, khabarnya penyanyi ini hanya akan
menjemput keluarga terdekat dan rakan-rakan media yang rapat dengan
mereka ke majlis itu nanti.
Cuma tak pula Syed ketahui sama ada akan dibuat majlis besar-besaran
atau hanya majlis akad nikah semata-mata. Tak kisah besar atau kecil pun
asalkan rumah tangga yang dibina buat kali kedua ini akan kekal sampai
akhir hayat.Syed pasti buah hati mereka si Adam Eiman, 15, adalah orang
yang paling gembira dengan pernikahan ini.
Untuk rekod, pasangan ini pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 dan
bercerai pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya
Syed: Ramai yang jadi hakim tak bertauliah bila bercerita kes Ashraf Muslim kahwin dua. Dugaan setiap orang berbeza-beza.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan