LONDON - Jose Mourinho menjelaskan bahawa Chelsea adalah sebuah kelab
yang tidak dikenali di dunia sebelum dia mengendalikan skuad Stamford
Bridge itu buat kali pertama.
Setelah berjaya meletakkan Chelsea di peta dunia, Mourinho berhasrat
membina reputasi kelab tersebut secara global bagi menyaingi Barcelona,
Real Madrid, Bayern Munich dan Manchester United.
Jelasnya, Chelsea telah menunjukkan kemajuan yang besar sejak kali
pertama dia tiba di kelab itu pada 2004 dengan memenangi trofi ke-11
mereka berbanding United sembilan trofi.
Mourinho akan memulakan latihan pra-musim dalam penampilan keduanya
sebagai pengurus Chelsea hari ini sebelum menyertai Jelajah Pra-Musim
skuad itu ke Asia, Khamis ini.
Dalam jelajah tersebut, The Blues akan mengadakan perlawanan persahabatan di Bangkok, Kuala Lumpur dan Jakarta.
"Kali pertama saya pergi ke Amerika dalam jelajah pra-musim pada
2004, sesi latihan diadakan secara terbuka dan hanya ada 10 kanak-kanak
sahaja yang menyaksikannya," jelas Mourinho.
"Tiada siapa peduli apabila kami bersiar-siar di tepi jalan.
"Tetapi selepas dua tahun peningkatan hasil daripada impak yang
dibawa pemilik kelab ini dengan membeli ramai pemain, memenangi Liga
Perdana England dan mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara, banyak
perkara telah berubah.
"Kali kedua kami datang ke Amerika, terdapat lebih kurang tiga atau empat ribu penonton datang menyaksikannya di Los Angeles.
"Chelsea tidak memiliki sejarah seperti Barca, Real dan Bayern. Kelab
ini ada sejarah sebelum Abramovich tiba dan sejarah selepas tahun 2004.
"Tetapi realiti tentang sejarah hampir 10 tahun lepas ialah Chelsea
telah memenangi lebih banyak trofi berbanding Manchester United.
"Harapnya saya dapat membantu kelab ini selangkah lagi di hadapan dalam landasan yang tepat." - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan