Selasa, 9 Julai 2013

Moyes laung amaran

LONDON - Pengurus Manchester United, David Moyes berikrar untuk memenangi kesemua gelaran pada penampilan pertama selaku pengendali skuad The Red Devils.


Moyes, 50, hanya menjulang satu trofi sepanjang karier sebagai pengurus.
Kejayaan itu hadir pada tahun 2000 ketika membantu Preston menjuarai gelaran juara Divisyen Dua yang kini dikenali sebagai Liga Kejuaraan.

Namun, beliau gagal menghadiahkan sebarang trofi kepada Everton sepanjang 11 tahun membimbing bekas kelab itu.

Kini, Moyes berazam untuk memenangi lima trofi sebaik mengambil alih tugas bekas pengendali Unted, Alex Ferguson.

Beliau dijangka akan menjulang trofi pertama ketika United menentang Wigan Athletic pada aksi Piala Perisai Komuniti, 11 Ogos depan.

"Sudah tentu saya mahu pasukan ini beraksi dengan baik dalam semua kejohanan. Tidak hanya pada aksi Liga Perdana England.

"Apabila anda bersama United, anda akan lebih bersemangat untuk memenangi segala-galanya.
"Mungkin tidak semua sasaran itu tercapai tetapi sekurang-kurangnya, anda perlu mencuba untuk merangkul kejuaraan sebanyak yang mungkin.

"Saya berjaya melakukannya (meraih trofi) bersama pasukan lain tetapi saya bertambah yakin untuk memenangi trofi kerana saya memiliki skuad yang hebat, pemain berkualiti dan kelab yang memiliki reputasi hebat," ujar Moyes. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.mysa
Hakcipta terpelihara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan