Johanesburg: Pengurus Manchester City, Manuel Pellegrini pasti dia
dapat menambah opsyen pada jentera serangan sebelum bermula musim baru
selepas menjual Mario Balotelli dan Carlos Tevez kepada AC Milan dan
Juventus.
Bekas juara Liga Perdana itu dikaitkan dengan penyerang Sevilla, Alvaro Negredo dan penyerang Fiorentina, Stevan Jovetic. Tanpa Sergio Aguero dalam jelajah pra-musim ke Afrika Selatan, Edin Dzeko adalah satu-satunya penyerang senior dalam skuad Pellegrini.

Maicon angkat kaki
Namun, selepas menyaksikan pasukan itu tewas 2-0 kepada Supersport dalam perlawanan pertama sejak mengambil alih City di Loftus Versfeld di Pretoria kelmarin, dia yakin akan terdapat pertambahan sebelum kempen baru bermula.
“Kami berusaha mencari pemain baru yang akan tiba di Manchester City. Adalah penting memiliki skuad yang baik.
“Saya berkata mengenainya sebelum kami ke Afrika Selatan yang kami perlu mengukuhkan setiap posisi dan itu yang kami sedang cari dan yakin akan mendapatkannya,” katanya.
Pellegrini mengesahkan pertahanan Brazil, Maicon yang baru menyertai pasukan itu dari Inter Milan pada musim panas lalu, akan meninggalkan kelab itu. - AFP
Berita Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan