LOS ANGELES - Tyson Gay dan Asafa Powell, dua daripada empat pelari terpantas acara 100 meter, gagal ujian dadah.
Juara dunia 2007, Gay, 30, dari Amerika Syarikat yang merupakan
pelari terpantas di dunia tahun ini, diuji positif menggunakan bahan
terlarang.
Ekoran itu, dia menarik diri daripada Kejohanan Dunia di Moscow, bulan depan.
Bintang pecut Jamaica, Powell yang juga bekas pemegang rekod dunia
100m, mengesahkan dia diuji positif kerana menggunakan dadah perangsang
sewaktu menyertai ujian kebangsaan Jamaica untuk sesi pemilihan ke
Kejohanan Dunia di Moscow, namun atlet berusia 30 tahun itu menafikan
tuduhan tersebut.
Hanya juara Olimpik dan pemegang rekod dunia, Usain Bolt dengan
kepantasan 9.58 saat, mencatat rekod lebih pantas berbanding Gay iaitu
9.69s yang dikongsi bersama Yohan Blake dari Jamaica.
Powell merupakan atlet keempat terpantas sepanjang zaman dengan catatan masa 9.72s.
Gay dimaklumkan oleh Agensi Anti-Doping Amerika Syarikat (USADA),
Jumaat lalu bahawa dia gagal melepasi ujian yang dijalankan dan
kelmarin, Trek & Padang Amerika Syarikat (USATF) berkata, atlet itu
telah menarik diri daripada Kejohanan DUnia.
USADA pula berkata, kelmarin sampel B atlet berusia 30 tahun itu
masih belum diuji, jadi mereka tidak boleh mengesahkan atau menafikan
mengenai kegagalan ujian tersebut.
Sebagai maklum balas kepada kenyataan Gay, USADA menghargai
pendekatan atlet itu mengendalikan situasi berkenaan dan dia juga secara
sukarela menarik diri daripada pertandingan, sementara fakta lengkap
berhubung ujian dapat dinilai sepenuhnya.
Sampel B akan diproses dalam masa terdekat ini dan dalam kes
sebegini, semua atlet masih dianggap tidak bersalah melainkan atau
sehingga terbukti bersalah melalui proses undang-undang dan sebarang
usaha untuk mensensasikan atau membuat spekulasi hanya akan merugikan
kepada proses keadilan dilaksanakan dengan lancar," kata pengurus
perhubungan media USADA, Annie Skinner. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan