MANCHESTER - Pengendali baharu Manchester United, David Moyes berazam untuk melakar kegemilangan dengan caranya sendiri.
Bagaimanapun, Moyes berikrar untuk mengekalkan corak permainan menyerang yang diamalkan juara Liga Perdana England itu.
Bekas pengendali Everton itu dilantik bagi menggantikan pengurus
United, Alex Ferguson dan beliau perlu meneruskan kegemilangan kelab
yang telah memenangi 20 gelaran Liga Perdana England, 11 Piala FA, empat
Piala Liga dan satu Piala Juara-Juara Eropah itu .
"Tidak kira siapa yang mengambil alih tugas ini, mereka tahu mengenai kehebatan pengurus sebelum ini (Ferguson).
"Pengurus sebelum ini merupakan seorang individu yang sangat
menakjubkan. Lihat sahaja pencapaiannnya, tiada siapa yang mampu
menyaingi kehebatan beliau.
"Apa yang saya mampu lakukan adalah apa yang Moyes telah lakukan
sebelum ini. Apa yang pasti, saya berazam untuk meneruskan tradisi
United tetapi dengan cara saya tersendiri.
"Saya sangat bertuah kerana dapat membimbing kelab juara England. Ia memberikan satu permulaan yang sangat baik.
"Saya tiba di sebuah kelab yang memiliki reputasi hebat di seluruh
dunia. Kelab ini sentiasa memenangi trofi dan itulah perkara utama yang
saya mahu lakukan.
"Saya teruja untuk merangkul kejuaraan pertama biarpun saya akui tidak memiliki pengalaman seperti itu.
"Apa yang pasti, saya telah mendapat keyakinan yang tinggi selepas
Ferguson memberitahu saya bahawa saya adalah individu paling layak untuk
menggantikan tempatnya sebagai pengurus United," kata Moyes yang belum
pernah menjulang sebarang kejuaraan sepanjang kariernya. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan