LONDON - Nicolas Anelka memasang dua impian selepas menyertai West Brom Albion kelmarin.
Anelka berkata, dia berazam untuk membantu kelab Liga Perdana England
itu beraksi di pentas Eropah dan bersara sekiranya berjaya membantu
West Brom mencapai misi tersebut.
Bekas pemain Arsenal, Real Madrid, Liverpool, Paris Saint Germain,
Machester City, Chelsea dan Juventus kelahiran Perancis itu mengikat
kontrak selama setahun termasuk tambahan satu tahun berdasarkan
pencapaian semasa.
"Saya mengharapkan satu permulaan baharu bersama West Brom musim depan dan berharap ia berjalan dengan baik.
"Saya juga berharap kami dapat membina kejayaan tahun ini dan mencapai slot ke pentas Eropah.
"Saya rasa, saya akan menamatkan karier saya di England. Saya sangat gembira di sini.
"Saya mahu West Brom bakal menjadi kelab terbaik buat saya untuk
menamatkan karier sebagai pemain bola sepak profesional," kata Anelka.
Untuk rekod, Anelka telah menghabiskan masa selama sembilan bulan
bersama pengurus West Brom, Steve Clarke ketika beraksi dengan bekas
pasukan, Chelsea.
Penyerang berusia 34 tahun itu telah meledak 38 gol sepanjang empat
musim dalam kempen Liga Perdana England termasuk membantu skuad The Blues merangkul Liga Juara-Juara pada 2012. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan