OLEH kerana leka berpesta sehingga pukul 4 pagi, Rihanna datang
lambat ke konsertnya sendiri selama dua jam! Insiden tersebut berlaku di
Zurich, Switzerland salah satu lokasi konsert jelajahnya, Diamond World
Tour.
Biarpun ada peminat yang berasa berbaloi untuk menanti penyanyi tersebut, namun tidak bagi segelintir peminatnya.
Menerusi laman Facebook milik Radio Zurich, seorang peminatnya
menulis: "Dia suka berpesta seperti bintang terhebat, tetapi menyanyi
seperti penyanyi jalanan dan menyanyi secara miming.
"Saya tak percaya telah menghabiskan duit yang banyak untuk menonton konsert ini."
Rihanna memang terkenal dengan sikap liarnya yang suka berpesta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan