MUNGKIN bosan dengan hubungan cinta yang tidak pernah stabil,
akhirnya Selena Gomez mengambil keputusan untuk bergembira bersama
rakan-rakannya di taman tema tanpa kehadiran Justin Bieber.
Sama seperti remaja lain Gomez dilihat sangat menikmati hari tersebut
dengan gelak ketawa, baru-baru ini. Mengenakan pakaian santai dan
membawa beg tangan besar, Gomez tetap nampak cantik dengan gaya
tersendiri, malah dia turut tidak ketinggalan mengenakan aksesori rambut
watak kartun Minnie Mouse.
Bagaimanapun fokus peminat kini bukan kepada Gomez sahaja tetapi
perkhabaran yang kononnya penyanyi ini sudah menemui pengganti Bieber.
Lelaki yang dimaksudkan adalah Austin Mahone iaitu seorang pemuzik muda.
Ternyata desas desus mengatakan Gomez kini sudah bersedia menemui cinta
baru semakin benar dengan kehadiran Mahone di taman tema tersebut.
Sungguhpun mereka dikerumuni rakan-rakan yang lain, ia tetap tidak
dapat menutup hubungan mesra yang terjalin di antara Gomez dan Mahone.
"Austin dan Selena cuba melarikan diri dari sekumpulan rakan mereka,
dan mencari lokasi agar mereka dapat bercakap secara sendirian," tulis
sebuah portal online baru-baru ini.
Mengikuti perkembangan karier Mahone, ia berlangsung lebih kurang
sama dengan Bieber yang bermula secara online. Dia yang membuat
persembahan melalui talian Skype mengingatkan kita kembali bagaimana
Bieber mula mencetuskan fenomena melalui memuat turun video nyanyiannya
ke YouTube.
Mahone juga sebenarnya rakan kepada penyanyi remaja Taylor Swift.
Kerjasama yang dijalankan mereka sepanjang konsert jelajah Swift memberi
lebih peluang buat Mahone mengenali ramai lagi rakan artis lain.
Gomez sebelum ini memberitahu bakal berhenti seketika dari dunia muzik untuk memberi tumpuan buat karier lakonan.
"Ya, mungkin untuk sementara sahaja, saya mahu memberi tumpuan buat
filem," katanya kepada sebuah radio di Perancis baru-baru ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan