PASANGAN selebriti, Jay Z dan Beyonce dilaporkan berbelanja AS$7,500
(RM23,904) untuk membeli sejumlah hadiah mewah sempena kelahiran bayi
pertama selebriti televisyen Kim Kardashian dan kekasihnya, Kanye West
yang juga seorang penyanyi.
Antara barangan mewah diterima bayi yang diberi nama North West itu
ialah sarung kaki jenama Christian Dior dan set mangkuk bayi jenama Elsa
Peretti Padova.
Menurut satu sumber, Jay Z dan Beyonce turut membawa anak mereka ke
rumah ibu Kim yang terletak di kawasan perumahan elit Beverly Hills,
California.
Selain membawakan hadiah, Beyonce dikhabarkan memberi Kim panduan agar tubuhnya segera langsing.
Kim dipercayai belum terdesak untuk menguruskan badan memadangkan dia
baru bersalin pada 15 Jun lalu, kata jurulatih peribadinya, Tracy
Anderson kepada media Barat baru-baru ini.
"Pada mulanya saya ingat Kim akan runsing dengan berat berlebihan
selepas bersalin namun andaian itu ternyata meleset," kata Anderson.
Tambahnya, kebanyakan wanita akan runsing dengan kegemukan selepas
bersalin namun, Kim kelihatan gembira dengan kelahiran North West
sehingga dia seperti terlupa sedang berhadapan masalah berat badan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan