KUALA LUMPUR - Selepas kekecewaan demi kekecewaan
melanda kem badminton Malaysia pada Kejohanan Remaja Bawah 19 Tahun,
Soo Teck Zhi memberi keceriaan semalam apabila melakar kejutan terbesar
ke atas pilihan pertama, Thammasin Sittikom pada separuh akhir untuk
melangkah ke final perseorangan lelaki di Stadium Tertutup Likas, Kota
Kinabalu
Kempunan untuk beraksi pada Kejohanan Remaja Asia tahun lalu
gara-gara mewakili Malaysia pada Kejohanan Sekolah-Sekolah Asia dan
ASEAN, pemain kelahiran Selangor berusia 18 tahun itu menebus
kehampaannya dengan mudah menyingkirkan Thammasin 21-14, 21-12 hanya
dalam masa 34 minit.
Kemenangan ini agak tidak diduga oleh skuad negara , yang sebelum ini
lebih menyandarkan harapan kepada pemain utamanya yang juga pilihan
kedua kejohanan, Soong Joo Ven untuk memburu gelaran perseorangan
lelaki, tetapi bintang remaja Selangor itu ditunjukkan jalan keluar oleh
Jeon Hyuk Jin dari Korea 23-21, 17-21, 11-21 pada saingan suku akhir
kelmarin.
Teck Zhi, yang terdahulu menumpaskan pemain China, Jun Peng 21-15,
21-12 pada suku akhir kelmarin, akan membuat perhitungan dengan Hyuk Jin
untuk memburu kejuaraan perseorangan lelaki.
Semalam, Hyuk Jin meneruskan kecemerlangannya dengan mengetepikan
pilihan ketujuh dari Taiwan, Wang Tzu Wei dalam pertarungan sengit
22-20, 21-18.
Perseorangan lelaki adalah satu-satunya acara yang ada untuk diburu
tuan rumah selepas semua wakil Malaysia tersingkir dalam saingan beregu
lelaki, perseorangan perempuan, beregu perempuan dan beregu campuran,
malah kita juga tumpas 1-3 kepada Jepun pada suku akhir berpasukan
campuran, Selasa lalu.
Pada suku akhir kelmarin, b
eregu campuran negara, Chue Khek Wei-Yap
Cheng Wen ditunjukkan jalan keluar oleh pilihan pertama dari Korea
Selatan, Choi Sol Kyu-Chae Yoo Jung 5-21, 8-21, manakala beregu
perempuan, Joyce Choong Wai Chi-Yap Cheng Wen kalah mudah 8-21, 15-21
kepada Huang Dongping-Jia Yifan dari China.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan