|
BERTEMU dengan penyanyi Shila Amzah pada majlis pradengar album
terbaharunya berjudul Shila Amzah di Red Box, Pavillion, Kuala Lumpur
baru-baru ini terpancar ketena- ngan pada wajahnya.
Senyuman manis sentiasa diukir di bibirnya, walaupun soalan 'panas'
diajukan tentang soal hati dan kisah cinta lamanya yang pernah
mencetuskan kontroversi suatu ketika dahulu.
Tidak melatah mahupun marah, Shila mengaku yang dia tidak boleh
memadam masa silamnya. Cintanya bersama pelakon Sharnaaz Ahmad ber-
akhir dengan agak tragis.
Namun, impak kejadian itu, Shila bangkit menjadi gadis yang lebih tabah dan melepaskan segala bebanan di hati menerusi lagunya.
Pasti apabila mendengar lagu Masih Aku Cinta, ramai yang akan mengaitkan dirinya dengan cinta kontroversinya itu.
Shila bagaimanapun mengakui lagu tersebut sememangnya dihasilkan
ketika dirinya dalam kekusutan saat kontroversi cintanya itu heboh
diperkatakan media.
"Apabila saya sedang marah dan sedih, lebih mudah untuk menghasilkan
lagu kerana ia terhasil dari lubuk hati dan menerusi pengalaman saya
sendiri, bukannya imaginasi.
"Selepas melepaskan beban di hati menerusi lagu, saya berasa lebih
lega. Itu hanyalah sejarah dan sekarang saya hanya memandang ke hadapan
sahaja," katanya.
Disoal adakah dia meminta kebenaran bekas kekasihnya, Sharnaaz untuk
berkongsi rahsia hati dan cintanya dengan peminat menerusi lagu
tersebut, Shila memberikan jawapan yang tegas.
Ujarnya, dia tidak memerlukan kebenaran sesiapa untuk menulis lagu
kerana itu perasaan yang dirasai ketika lagu tersebut dihasilkan.
Masih Aku Cinta yang menjadi single pertamanya itu cukup sedap didengar.
Shila mengakui, bukan mudah untuknya berterus terang dalam lagu yang menceritakan kisahnya sendiri.
Ini kerana apabila mendengar lagu itu, pasti ada pihak yang tidak
akan berhenti mengaitkan Shila dengan lelaki yang pernah menjadi cinta
hatinya itu dahulu.
"Saya sedar lagu-lagu yang saya tulis tentang pengalaman cinta
sendiri boleh memberi kesan dan bukan mudah untuk saya berterus terang
kepada semua orang.
"Sewaktu berkarya saya tidak berfikir tentang perkara lain. Apa sahaja kesannya, saya sudah bersedia untuk hadapinya," ujarnya.
Tambah Shila, sudah 13 tahun usia pembabitan dirinya dalam industri muzik.
Dia bersyukur apabila akhirnya diberi peluang untuk mencorakkan
albumnya sendiri, termasuk bertindak sebagai penerbit bersama dengan
komposer terkenal Helen Yap dan Aubrey Suwito.
|
Malah, dia sendiri mencipta keseluruhan lima buah lagu berjudul Masih Aku Cinta, Sedar, Cinta Hati, Tulis dan Maaf.
Ujarnya: "Seronok sebenarnya bila saya diberi kebenaran sepenuhnya
untuk mengekpresi diri. Mungkin apa yang saya hadapi juga dilalui oleh
peminat yang mendengar lagu saya.
"Ini suatu pengajaran untuk saya. Hikmahnya, saya jadi lebih kuat dan terhasillah lagu-lagu baharu dalam tempoh yang agak cepat.
"Tentang pembikinan album yang memakan masa selama lima bulan, ini
pengalaman pertama saya bertindak selaku penerbit. Bukan mudah
sebenarnya untuk menyiapkan sebuah lagu dan prosesnya agak rumit.
"Sebelum ini sebagai penyanyi, saya datang ke studio rakaman,
menyanyi dan pulang. Ketika merakamkan album, saya harus fikirkan semua
benda bermula daripada konsep sehinggalah kepada lagu, nampaknya saya
telah belajar banyak perkara baharu," tuturnya lagi.
Jelas gadis berusia 23 tahun itu, selepas segala kontroversi dan
kelahiran album terbaharunya, kini bermulalah fasa baharu kehidupannya.
Jujurnya, bukan mudah, tanyalah kepada mana-mana orang yang mempunyai
pengalaman putus cinta terutama selebriti sepertinya, namun dia
bersyukur kerana sentiasa disokong peminat dan mempunyai keluarga yang
amat menyayanginya.
"Alhamdulillah, nampaknya perjalanan kerjaya dan kehidupan saya bertambah baik daripada sebelum ini," simpulnya ringkas.
Awi Rafael
Sebelum ini, ramai mengenali Shila sebagai gadis yang lembut dan
sentiasa menjaga hati orang di sekelilingnya. Dia juga sering
mendahulukan orang lain daripada dirinya sendiri, termasuklah soal hati
dan perasaan.
Namun, selepas kontroversi cintanya itu, Shila bangkit dan berubah menjadi seorang yang lebih tegas.
Akuinya, mungkin ramai orang yang akan merungut tentang perubahan
dirinya yang berlaku secara drastik, namun ramai yang tidak sedar,
hakikatnya sebenarnya itulah Shila Amzah yang sebenar.
"Saya mengambil perubahan secara drastik kerana sudah penat menjadi
Shila yang sentiasa berhati-hati. Sekarang, saya lebih selesa menjadi
diri saya sendiri dan saya berharap keterbukaan serta kelantangan saya
dalam bersuara akan diterima ramai.
"Sebelum ini, saya sentiasa dahulukan orang lain, akhirnya perasaan
dan hati saya yang terluka. Selepas ini, kalau saya tidak suka atau
sakit hati, saya akan berterus terang. Saya akan pentingkan diri sendiri
daripada orang lain, saya tidak mahu lagi kepala saya dipijak,"
tuturnya.
Selain itu, Shila yang dikaitkan sebagai orang ketiga dalam episod
putus cinta penyanyi Awi Rafael dan pelakon Hanez Suraya hanya mampu
tertawa apabila diajukan benarkah dia dan penyanyi itu pernah bercinta
sebelum ini.
"Memang saya akui, Awi salah seorang daripada rakan saya dan kami
telah kenal lama. Saya kenal dia dua tahun yang lalu selepas saya putus
cinta dan kebetulan waktu itu saya memerlukan rakan duet. Dia seorang
lelaki yang bersikap terbuka dan saya selesa berkawan dengannya.
"Bagaimanapun, saya tidak pernah bercinta dengan Awi. Kami hanya
rakan biasa sahaja. Apa yang saya kesalkan, kenapa nama saya yang
dikaitkan, sedangkan saya sibuk diShanghai, China.
"Bagi saya, gosip itu tercetus salah masa kerana mereka baru sahaja
putus cinta. Saya tahu macam mana perasaannya (putus cinta), jadi
janganlah ditambah luka dalam hati mereka (Awi dan Hanez Suraya),"
luahnya kesal.
Syarat ND Lala
Tidak lagi berselindung, Shila mengakui selepas putus cinta dengan
Sharnaaz, dia kini serik untuk bercinta kembali. Baginya lebih baik dia
bercinta dengan kerjayanya yang sedang berkembang dan memerlukan
tumpuannya seratus peratus.
"Saya serik untuk bercinta buat masa sekarang tapi pada masa hadapan
saya tidak tahu bagaimana pula nanti (ketawa). Jika ada jodoh, pastinya
saya akan bercinta kembali," katanya.
Ditanya tentang lelaki pilihannya, Shila memberitahu, dia tidak
mempunyai sebarang senarai wajib untuk mencari lelaki pilihan kerana
semuanya terpulang kepada jodoh yang diberikan Allah kepadanya.
Jelasnya: "Jujurnya, saya tidak kisah lelaki yang bagaimana sesuai
dengan saya kerana saya tidak meminta sebarang ciri-ciri spesifik yang
harus ada pada lelaki yang saya suka.
"Apa yang penting, lelaki itu haruslah menghormati diri saya dan
keluarga saya. Itu sahaja permintaan saya. Mana tahu, saya jumpa pula
jodoh di China," katanya berseloroh.
Dalam pada itu, Shila juga memberitahu, jodohnya pada masa hadapan haruslah menjadi pilihan kedua ibu bapanya.
"Saya tidak maksudkan ibu harus cari jodoh untuk saya tetapi saya percaya pilihan ibu bapa merupakan pilihan yang terbaik.
"Mungkin saya akan cari jodoh sendiri tetapi haruslah mendapat
kebenaran daripada kedua ibu bapa saya. Mereka lebih bijak menilai mana
yang baik dan buruk untuk saya," jelasnya.
Itu kata Shila, namun bapanya, ND Lala pula menetapkan syarat-syarat
yang wajib dipatuhi oleh lelaki yang inginkan hati anaknya dan juga
mendapat kebenaran lampu hijau daripadanya.
"Pertama, lelaki itu tidak melanggar adat dan agama. Kedua, dia harus
ada nilai kepimpinan dan tanggungjawab supaya boleh membimbing Shila ke
arah yang lebih baik.
"Shila bebas untuk bercinta tetapi buat masa sekarang dia harus fokus
kepada kerjayanya. Selagi tidak melanggar sebarang perjanjian dalam
kontrak dengan mana-mana pihak yang berurusan dengan kami, saya tidak
kisah kerana saya faham Shila masih muda," ujar ND Lala yang juga hadir
pada majlis yang sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan