|
LONDON - Bintang Brazil, Neymar yang baharu saja berhijrah ke Barcelona, mendesak Wayne Rooney supaya menyertainya di Nou Camp.
Rooney, 27, dikaitkan dengan beberapa kelab gergasi Eropah selepas
dikatakan kurang gembira dengan peranannya sebagai penyerang kedua di
Manchester United.
Masa depannya di Old Trafford akan ditentukan dalam sedikit masa lagi
apabila penyerang England tersebut dijadualkan berjumpa dengan pengurus
baharu, David Moyes.
Real Madrid, Chelsea dan Arsenal dikatakan bersedia membuka pintu
buat Rooney sekiranya United memutuskan untuk menjual pemain bintang
mereka itu.
Namun ketika ini Barcelona turut dikatakan bersedia membayar harga £25 juta (RM120.4 juta) ke atas bintang The Red Devils tersebut.
Neymar berkata: "Bukan sesuatu yang mengejutkan kalau Barcelona juga
berminat mendapatkan Wayne Rooney. Semua pemain di kelab ini adalah
pemain utama Barca.
"Gaya permainan kami dan tahap pemain di kelab ini juga adalah amat sesuai dengan mana-mana pemain berkelas dunia.
"Saya telah berjumpa dengan Wayne beberapa kali dan dia seorang
lelaki yang baik, tetapi apa yang penting ialah dia antara pemain yang
amat saya kagumi di dunia.
"Wayne antara seorang pemain paling berbakat dan mempunyai kemahiran
tinggi. Sudah tentu dia akan memperkuatkan lagi Barcelona atau mana-mana
kelab di Eropah ini.
"Secara peribadinya, saya juga mempunyai impian untuk beraksi bersamanya di atas padang," ujar Neymar. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan