Sabtu, 22 Disember 2012

APM 2012, anugerah sunyi sepi (Kosmo)


ALYAH



MASUK tahun ini rasanya sudah dua tahun Anugerah Planet Muzik (APM) ada tapi ibaratnya macam tiada. Tiba-tiba sahaja ada pencalonan dan tiba-tiba sahaja ada siaran langsung. Diva risik-risik juga dengan teman-teman media, manalah tahu ada yang diundang secara eksklusif untuk buta liputan acara bertaraf serumpun itu.
Malangnya, jawapan yang diperolehi tak memberangsangkan. Ramai yang tidak tahu daripada yang tahu, nampak sangat APM itu sekadar melepaskan batuk di tangga. Buat anugerah tapi sunyi sepi tanpa khabar berita. Tiba-tiba sahaja AC Mizal buat promo dalam Maharaja Lawak Mega suruh tengok APM. Kelakarlah!
Lebih seronoknya, orang tak hairan pun dengan trofi APM sebaliknya kontroversi baju Alyah yang jadi tumpuan.
Bagi Diva, terima kasih juga kepada Alyah dan pereka-pereka fesyen yang bikin kontroversi angkara baju semasa berlangsungnya APM di Singapura Sabtu lalu, tanpa kontroversi itu, cerita APM tak masuk surat khabar. Ironi sungguh. Tahniahlah penganjur APM!

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan