Memaparkan catatan dengan label Fulham. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fulham. Papar semua catatan

Ahad, 14 Julai 2013

Shahid pemilik baharu Fulham





LONDON - Kelab Liga Perdana England, Fulham telah dijual kepada jutawan Amerika Syarikat (AS) kelahiran Pakistan, Shahid Khan (gambar) kelmarin.

Perubahan itu menjadikan Fulham sebagai kelab keenam dimiliki oleh ahli perniagaan dari negara tersebut.

Shahid, 61, membeli kelab di barat London itu daripada pemilik sebelum ini, Mohamed Al Fayed dalam satu perjanjian yang memperkukuhkan lagi hubungannya dengan ibu negara Britain itu.

Sebaik sahaja membeli Fulham, Shahid turut mengatur satu perlawanan bagi pasukan Liga Bola Sepak Kebangsaan Amerika (NFL) miliknya, Jacksonville Jaguars bermain di London.

Jaguars mempunyai perjanjian untuk bermain satu perlawanan di tempat sendiri di London bagi empat musim berturut-turut bermula Oktober depan di Stadium Wembley menentang San Francisco 49ers.

"Fulham adalah kelab yang sesuai dan tepat amat tepat buat saya.
"Saya mahu jelaskan bahawa saya tidak menganggap sebagai pemilik mutlak Fulham tetapi sebagai penjaga kepada kelab ini bagi mewakili peminat-peminatnya.

"Keutamaan saya ialah memastikan kelab ini dan Craven Cottage akan terus bertahan dalam Liga Perdana England. sekali gus memberi kebanggaan kepada peminat generasi sekarang dan masa hadapan," kata Shahid dalam satu kenyataan kelmarin.

Al Fayed, seorang usahawan Mesir memiliki Fulham sejak 1997 dan berjaya melangsaikan semua hutang kelab tersebut dalam persiapannya menghadapi musim ke-13 dalam Liga Perdana England.
Maklumat terperinci mengenai pengambilalihan ini tidak diumumkan, namun dilaporkan ia berjumlah lebih daripada USD$220 juta (RM698.5 juta).

Fulham menamatkan saingan musim lepas di tangga ke-12 dan akan memulakan kempen baharu Ogos ini dengan menentang Sunderland, kelab yang turut dimiliki seorang lagi usahawan AS, Ellis Short.

Manchester United, Arsenal, Liverpool dan Aston Villa juga dimiliki ahli perniagaan dari AS di mana pelaburan dalam Liga Perdana England menjadi pelaburan terkaya di dunia dalam sukan bola sepak.
Lahir di Lahore Pakistan, Shahid mula berhijrah ke Amerika ketika berusia 16 tahun.

Dia pernah hidup di rumah kebajikan dan mencuci pinggan bagi membiayai pendidikannya dalam jurusan ijazah kejuruteraan di Universiti Illinois.

Shahid kemudian membeli syarikat pertamanya untuk memberinya kerja dan mengubah Flex-N-Gate kepada pernigaan barangan gantian kereta mewah.

Pada 2010, dia mula menceburi bidang perniagaan berkaitan sukan dengan cubaan membeli kelab NFL, St. Louis Rams, namun gagal. - AP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Khamis, 6 Jun 2013

Schwarzer 'merajuk'



SCHWARZER akan beraksi bersama kelab England sebaik meninggalkan Fulham.


SYDNEY - Penjaga gol veteran Australia, Mark Schwarzer meluahkan hasrat untuk meninggalkan Fulham selepas kelab Liga Perdana England itu berjaya menandatangani pemain antarabangsa Belanda, Maarten Stekelenburg.

Kontrak Schwarzer, 40, yang beraksi cemerlang ketika Australia seri 1-1 dengan Jepun pada aksi kelayakan Piala Dunia 2014 baru-baru ini bersama Fulham akan berakhir bulan depan.
Bagaimanapun, kehadiran Stekelenburg menyebabkan Schwarzer nekad untuk berhijrah.

"Ia bukan sesuatu yang mengejutkan kerana saya sudah lama mendengar mengenai perkara itu (kehadiran Stekelenburg).

"Jadi, saya akan berhijrah ke kelab baharu tetapi ia hanya akan difikirkan selepas membantu Australia," katanya.

Ketika ditanya kemungkinan kembali ke saingan Liga Australia, Schwarzer berkata: "Mustahil. Saya tidak mahu mengganggu kehidupan keluarga saya.

"Ketika ini, anak saya masih bersekolah. Jadi, saya berharap untuk kekal beraksi di England."
Untuk rekod, Stekelenburg, 30, menyertai Fulham dari kelab Itali, AS Roma dengan kontrak selama empat tahun.

Dia merupakan pemain keempat yang dibeli Fulham selepas berjaya mendapatkan Sascha Riether (Jerman), Derek Boateng (Ghana) dan tonggak pertahanan Venezuela, Fernando Amorebieta. - AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my