Memaparkan catatan dengan label Cesc Febregas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cesc Febregas. Papar semua catatan

Rabu, 2 Oktober 2013

Fabregas selamatkan Barcelona



FABREGAS (tengah) meraikan kejayaan menjaringkan gol kemenangan 1-0 Barcelona ke atas Celtic di Celtic Park, Glasgow awal pagi semalam.


GLASGOW - Pemain tengah, Cesc Fabre- gas menanduk masuk gol kemenangan 1-0 Barcelona ke atas Celtic yang beraksi dengan 10 pemain pada aksi Kumpulan H kempen Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Aksi di Celtic Park itu menyaksikan juara Liga Sepanyol tersebut mendominasi sebahagian besar permainan tetapi gagal untuk menewaskan penjaga gol Celtic, Fraser Forster pada babak pertama.

Pasukan tuan rumah turut memperoleh peluang terbaik menerusi Georfios Samaras, namun penyerang Greece itu gagal melakukan percubaan yang tepat ke gawang Barcelona.

Celtic menerima tamparan apabila kapten, Scott Brown diarah keluar padang selepas dilayangkan kad merah pada minit ke-59 gara-gara menendang penyerang skuad The Catalan, Neymar.

Detik kemenangan Barcelona diperoleh apabila pemain gantian, Alexis Sanchez yang baru beraksi selama dua minit bijak melakukan hantaran kepada Fabregas yang menanduk masuk bola untuk menewaskan Forster.

Jurulatih Barcelona, Gerardo Martino mengakui Celtic antara pasukan yang paling sukar ditentang biarpun skuad kendaliannya memulakan kempen musim ini dengan rekod cemerlang.

"Perlawanan ini sangat mencabar sepanjang musim ini. Bukan sahaja mendapat tentangan sengit (Celtic) tetapi penjaga gol, Victor Valdes juga berjaya menyelamatkan beberapa percubaan tepat yang dilancarkan mereka.

"Kami berjaya menggabungkan hantaran bola jarak jauh dan dekat. Corak permainan kami nampak lebih dinamik serta sukar untuk diduga," kata Martino.

Sementara itu, jurulatih Celtic, Neil Lennon berkata, keputusan pengadil melayangkan kad merah kepada Brown dibuat tanpa berfikir panjang.

"Kalau ada sebarang sentuhan, perbuatan itu sangat kecil. Pada saya, banyak lagi insiden yang sepatutnya menerima hukuman yang lebih berat dalam permainan itu.

"Keputusan itu telah mengubah rentak permainan kami. Menentang Barcelona dengan 11 pemain sangat sukar, apatah lagi dengan 10 pemain tetapi kami berjaya beraksi dengan baik," katanya. 

Ketika ini, Barcelona menerajui kedudukan teratas selepas mengumpul enam mata, dua mata di depan AC Milan yang seri 1-1 dengan Ajax Amsterdam dalam satu lagi aksi Kumpulan H. - AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Rabu, 11 September 2013

Ozil bakal 'meletup' - Fabregas


KEHADIRAN Ozil mampu menjulang Arsenal musim ini terutama kepada kepakarannya dalam menguasai bola serta melakukan hantaran tepat di atas padang.


LONDON - Bekas kapten Arsenal, Cesc Fabregas meramalkan pemain baharu The Gunners, Mesut Ozil bakal menggegar saingan Liga Perdana England.

Fabregas meninggalkan kelab London Utara itu untuk menyertai Barcelona pada 2011, namun dia masih lagi mengikuti perkembangan kelab lamanya.

Perancang Sepanyol itu percaya saingan dalam Liga Perdana England yang mengamalkan gaya permainan menyerang akan memberi peluang kepada bintang Jerman berharga £42.5 juta (RM218.2 juta) berkenaan untuk menyinar.

Fabregas berkata: "Dia akan seronok dengan suasana dalam Liga Perdana England.

"Ia adalah liga yang membuka lebih banyak ruang kepada strategi menyerang dan jika diberi ruang serta masa, Ozil pasti akan menghukum kamu.

"Seperti yang kita semua lihat ketika dia bersama Real Madrid, kawalan bolanya sangat bijak dan saya percaya dia akan gembira kerana beraksi di England."

Ozil dijangka membuat penampilan pertamanya buat The Gunners apabila menentang Sunderland di Stadium of Light, Sabtu ini. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Ahad, 11 Ogos 2013

Saya hanya 'cuit' kaki Fabregas - Wan Zack



NEYMAR (tengah) cuba menghalang Fabregas (kiri) daripada menyerang Wan Zack (kanan) pada aksi di Stadium Shah Alam kelmarin.


ADA satu lagi cerita menarik di sebalik persembahan positif skuad Harimau Malaya meskipun tewas 1-3 kepada Barcelona pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam kelmarin.

Sudah tentu peminat-peminat tidak dapat melupakan insiden tegang antara pemain tengah skuad The Catalan, Cesc Fabregas dan pemain sayap FC Ryukyu, Wan Zack Haikal Wan Nor pada aksi tersebut.
Keberanian anak kelahiran Maran, Pahang itu bertikam lidah dengan pemain bertaraf dunia itu kini menjadi topik utama perbualan hangat peminat-peminat bola sepak tempatan termasuk menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang memuji semangat juang Wan Zack.

Begitupun, situasi itu terkawal apabila Fabregas ditenangkan oleh rakan sepasukan, Neymar dan perlawanan diteruskan seperti biasa.

Mengulas lanjut, pemain berusia 22 tahun itu memberitahu, dia tidak menduga bekas pemain Arsenal itu cuba menyerangnya selepas melakukan terjahan.

"Situasi ketika itu, saya sedang merebut bola dengan dia (Fabregas). Benar, dia berjaya memegang bola tetapi saya hanya 'tercuit' sedikit sahaja kakinya.

"Tiba-tiba dia meluru ke arah saya dan sudah tentu saya perlu mempertahankan diri tetapi saya bersyukur kerana tiada apa-apa insiden tidak diingini berlaku kerana perlawanan diteruskan seperti biasa.

"Ia bukan satu tindakan yang boleh dibanggakan (bergaduh dengan Fabregas) kerana bola sepak memupuk semangat setiakawan dan saya berharap insiden ini tidak akan berulang pada masa akan datang," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Selepas menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya di Jepun pada 23 Julai lalu, Wan Zack akan pulang ke Okinawa hari ini sebelum menyertai skuad Harimau Muda untuk aksi Pesta Bola Merdeka di Kuantan, Pahang bulan depan.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Jumaat, 2 Ogos 2013

United makin serius


MANCHESTER - Manchester United dilaporkan bersedia untuk membuat tawaran ketiga dan terakhir bernilai £35 juta (RM172 juta) bagi membawa pemain tengah Barcelona, Cesc Fabregas ke Old Trafford.

Pemain tengah antarabangsa Sepanyol itu menjadi sasaran utama pengendali baharu United, David Moyes sepanjang musim panas ini.

Juara Liga Perdana England itu telah beberapa minggu mengadakan rundingan dengan skuad The Catalan.

Pada mulanya, skuad The Red Devils telah membuat bidaan bernilai £26 juta (RM127.7 juta) dan kemudian £30 (RM147.4 juta), namun ditolak Barca.

Kini, United tidak berputus asa dan bersedia untuk membuat tawaran ketiga bagi mengatasi rekod Alex Ferguson yang membeli Dimitar Berbatov sebanyak £30.75 juta (RM151.1 juta) pada 2008.
Bagaimanapun, jurulatih baharu Barca, Gerardo Martino berkata, mereka tidak akan menjual Fabregas.

"Saya tidak terlibat dalam urusan akaun kelab tetapi saya sedar kelab ini telah menolak tawaran untuk mendapatkan Fabregas sebanyak dua kali. 

"Saya menjangka tawaran kali ketiga ini juga akan ditolak," kata Martino.

Sementara itu, terdapat laporan yang mendedahkan bahawa Fabregas ada menyuarakan keinginan untuk kembali bersatu dengan bekas rakan sepasukan di Arsenal, Robin van Persie di Old Trafford.
Namun, dia sedar Barca pasti berkeras tidak mahu melepaskannya meskipun mendapat tawaran lumayan daripada United.

Sebagai alternatif, jika United gagal membawa masuk Fabregas, mereka dijangka memburu Marouane Fellaini dan Luka Modric. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Isnin, 29 Julai 2013

Moyes henti bida Fabregas


Cesc Fabregas 
 
LONDON - Selepas dua bidaan untuk mendapatkan Cesc Fabregas ditolak, Manchester United bersedia untuk menghentikan pemburuan mendapatkan pemain tengah Barcelona itu.

Pengurus United, David Moyes mula menunjukkan tanda berputus-asa untuk mendapatkan pemain kebangsaan Sepanyol itu apatah lagi jurulatih baharu Barcelona, Gerardo Martino memberitahu Fabregas tidak akan dijual.

"Saya tidak boleh memberitahu bahawa akan ada lagi bidaan selepas ini. Saya juga tidak pernah kata akan mendapatkan pemain itu, sebaliknya saya cuma kata kami akan membuat tawaran tetapi mereka menolaknya," kata Moyes.

United sudah membuat dua kali tawaran untuk mendapatkan Fabregas menerusi bidaan 26 juta pound (RM128 juta) dan 31 juta pound (RM153 juta) tetapi ditolak.

Moyes dalam usaha memperkukuhkan bahagian tengah skuadnya dan turut menolak tawaran Borussia Dortmund untuk mendapatkan Shinji Kagawa.

Sementara itu, Moyes memberitahu tidak akan terburu-buru untuk mendapatkan pemain baharu dalam tempoh terdekat.

"Kami tetap berharap mampu mendapatkan pemain baharu tetapi mungkin dalam masa terdekat ini.
"Bagi saya skuad ketika ini terdiri daripada pemain yang bagus," kata Moyes. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Selasa, 23 Julai 2013

'Jangan buang masa'



PIQUE (kanan) menasihati United agar tidak membuang masa untuk menandatangani Fabregas musim panas ini.


LONDON - Manchester United dinasihatkan supaya tidak membazirkan masa untuk mengemukakan tawaran ketiga terhadap Cesc Fabregas.

Juara Liga Perdana England itu berura-ura mahu membuat tawaran berjumlah £35 juta (RM170.6 juta) ke atas perancang Sepanyol itu selepas Barcelona menolak tawaran kedua berjumlah £31 juta (RM151.1 juta).

"United sebenarnya hanya membazirkan masa mereka sahaja.
"Fabregas terpaksa mengambil masa yang lama untuk memenuhi impiannya kembali ke Barca dan sudah tentu dia tidak akan menyerah kalah.

"Ini adalah tempat asalnya, kami diibaratkan seperti sebuah keluarga dan dia juga seronok beraksi bersama rakan-rakan baiknya.

"Dia telah beritahu kami bahawa dia gembira di sini dan mahu terus kekal bersama Barcelona," kata rakan sepasukan Fabregas di Stadium Nou Camp, Gerard Pique.

Tawaran asal United bernilai £26 juta (RM126.7 juta) terhadap bekas kapten Arsenal itu telah ditolak serta merta oleh Barca minggu lepas.

Barca turut memberi reaksi yang sama apabila Ketua Eksekutif United, Ed Woodward mengemukakan tawaran kedua dengan menaikkan jumlah tawaran kepada £31 juta (RM151.1 juta) kelmarin.

Kini pegawai atasan United perlu memutuskan sama ada mahu meneruskan buruan mereka ke atas pemain berusia 26 tahun itu dengan menguji kesabaran Barca sekali lagi.

"Saya rasa, masih ada sebab untuk melakukannya tetapi kalau anda berminat ke atas seorang pemain yang bagus, anda pasti akan menggunakan segala kemampuan yang ada untuk merealisasikannya. Itu adalah apa yang akan saya lakukan.

"Saya harap perkara ini akan menunjukkan kemajuan," kata Pengurus United, David Moyes.
United juga dikatakan berminat mendapatkan Gareth Bale dari Tottenham Hotspur dan cuba memancing semula Cristiano Ronaldo. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Ahad, 21 Julai 2013

United ada peluang


Cesc Fabregas 
 
LONDON - Peluang Manchester United untuk membeli Cesc Fabregas secara tiba-tiba bertukar cerah selepas bos Barcelona, Tito Vilanova meletakkan jawatan secara mengejut ekoran penyakit kanser yang dihidapinya menyerang kembali.

Ini bermakna United masih boleh berharap untuk mengambil kesempatan terhadap ketidakpastian yang melanda gergasi Catalan itu dan menyakinkan Fabregas untuk berpindah.

Barca baru sahaja memberi reaksi terhadap minat yang ditunjukkan United itu minggu ini dengan menyatakan pemain tengah tersebut bukan untuk dijual.

Namun, bos baharu Red Devils, David Moyes kelihatan amat optimis untuk membeli bekas bintang Arsenal tersebut, dengan ketua eksekutif, Ed Woodward masih dalam perundingan bagi mendapatkan khidmat pemain itu dengan harga 30 juta pound (RM146 juta).

Dalam laporan yang bertentangan, Fabregas, 26, menyakinkan juara Sepanyol itu bahawa dia mahu kekal bersama Barca. Vilanova, 44, telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada tekaknya pada penghujung 2011, tetapi penyakit tersebut dikesan datang setahun selepas itu.

Presiden Barca, Sandro Rosell berkata: "Ini adalah satu berita yang tidak pernah saya duga.

"Selepas menilai hasil ujian rutin dan pemeriksaan yang dijalani Tito, keputusan untuk membuat rawatan susulan tidak sesuai untuknya meneruskan tanggungjawab sebagai jurulatih skuad utama."

Andre Villas-Boas menjadi calon pilihan untuk menggantikan Vilanova. Namun, boss Spurs itu enggan mengulas mengenai kekosongan jawatan di Nou Camp.

Dia berkata: "Ini merupakan situasi yang sukar dan doa saya mengiringi Tito. Ini bukan saatnya untuk bercakap tentang sebarang spekulasi. Kita bercakap mengenai kesihatan seseorang." - Agensi

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Jumaat, 19 Julai 2013

Moyes tunggu dua berita baik

MOYES berdebar menanti hasil usahanya memburu Fabregas daripada Barcelona di samping usaha mengekalkan Rooney di United.


SYDNEY - Pengurus Manchester United, David Moyes berharap mereka akan menerima berita gembira dalam tempoh beberapa hari ini selepas membuat bidaan terhadap pemain tengah Barcelona, Cesc Fabregas.

Bekas pengurus Everton itu yang musim pertama mengendali United dilihat masih mencari-cari beberapa orang pemain baharu untuk melengkapkan skuad The Red Devils musim ini.
Ketika ini, skuad juara Liga Perdana England itu berada di Sydney bagi jelajah pra-musim untuk persediaan menghadapi musim baharu dan mereka akan bertemu pasukan A-League All Stars hari ini.

Menurut laporan media di Britain, United telah membida Fabregas pada harga £26 juta (RM126.6 juta) dan sehingga kini, pihak United masih menunggu maklum balas daripada pihak Barca.

"Ketua eksekutif Barcelona ada menghubungi saya dan dia meminta saya bersabar kerana mereka sedang mempertimbangkan hasrat saya itu.

"Saya rasa ketika dalam perjalanan balik kami ke England nanti akan ada perkembangan terbaharu mengenai perkara ini," kata Moyes.

Mengenai isu Rooney, Moyes yang enggan bercakap mengenainya sebelum ini menegaskan bahawa mereka tetap dengan keputusan seperti dahulu dan tiada perkara baharu akan berlaku.

"Rooney bukan untuk dijual," katanya yang masih menunggu berita baik daripada pemain itu.
Pengurus Chelsea, Jose Mourinho minggu lepas telah membuat tawaran sekitar £10 juta (RM48.7 juta) kepada United bagi mendapatkan Rooney tetapi ditolak oleh United. - AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Rabu, 17 Julai 2013

Vilanova akui Fabregas mahu kekal di Barcelona


BARCELONA, Sepanyol - Pengurus Barcelona, Tito Vilanova mendedahkan bahawa Cesc Fabregas tidak berniat untuk meninggalkan juara Liga Sepanyol itu.

Isnin lalu, Manchester United mengemukakan tawaran berjumlah 30 juta euro (RM126 juta) untuk membawa bekas kapten Arsenal berusia 26 tahun itu kembali ke saingan Liga Perdana England.
Vilanova berkata, beliau gembira apabila pemain Barcelona menjadi buruan kelab lain.

Bagaimanapun, beliau telah berbincang dengan Fabregas dan berjaya menyelesaikan isu tersebut.
"Saya bercakap dengan dia (Fabregas) dan dia memberitahu bahawa dia mahu kekal di sini. Dia tidak mahu menyertai kelab lain," kata Vilanova pada sidang akhbar pertama Barcelona semalam.

Fabregas dijangka menjadi harapan Vilanova musim ini selepas mereka kehilangan pemain tengah, Thiago Alcantara yang memilih untuk menyertai Bayern Munich, sekali gus bergandingan semula dengan bekas pengurus, Pep Guardiola.

Vilanova berkata, beliau perlu memberi respons terhadap komen yang dikeluarkan Guardiola di Itali.
Pada sesi latihan pra-musim bersama Bayern itu, Guardiola mendakwa laporan yang didedahkan media Sepanyol tahun ini tidak benar.

Katanya, Pengarah Barcelona membuat kritikan yang tidak adil mengenai reaksinya selepas Vilanova terpaksa menjalani rawatan perubatan.

"Guardiola melakukan kesilapan dan ia mengejutkan saya," kata Vilanova.

Vilanova berkata, tidak ada Pengarah Barcelona menggunakan kesihatannya untuk menghentam Guardiola.

Sementara itu, Vilanova berkata, beliau masih menganggap Lionel Messi sebagai pemain terbaik dunia tetapi gembira dengan kehadiran Neymar. - AP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Khamis, 20 Jun 2013

United mahu Thiago jika gagal sambar Fabregas

LONDON - Manchester United bakal mengalihkan tumpuannya untuk mendapatkan pemain tengah harapan Barcelona, Thiago Alcantara seandainya mereka gagal meyakinkan Cesc Fabreags untuk kembali ke kancah Liga Perdana Inggeris. 

Pengurus baharu United, David Moyes yang mahu menambah kreativiti di bahagian tengah sudah pun memulakan usaha untuk memperkuatkan skuad. 

Bekas kapten Arsenal, Fabregas berada dalam senarai teratas juara Liga Perdana itu, namun terdapat banyak halangan untuk membolehkan perjanjian dicapai. 

Minggu ini, Fabregas memberitahu Movistar: "Orang ramai terlalu banyak bercakap tetapi kebenarannya, tiada siapapun yang bercakap dengan saya.

"Saya mahu memburu kejuaraan di Barcelona, ia adalah kelab saya dan sejak kecil saya mengimpikan untuk bermain di sini. Jadi, saya akan cuba kekal di sini selama yang mungkin dan bermain dengan sebaiknya."

Thiago, 21, pula semakin mencuri tumpuan selepas mempamer aksi hebat, termasuk meledak hatrik dalam perlawanan akhir ketika menjulang Sepanyol muncul juara Kejohanan Eropah Bawah 21 tahun. 

Begitupun, Moyes sudah lama mengagumi bintang muda Barcelona itu, iaitu sejak dia berusia belasan tahun, namun ketika dia menjadi pengendali di Everton, kelab tersebut tidak mempunyai kewangan yang kukuh untuk mendapatkan pemain berbakat besar itu. 

Thiago, anak kepada anggota skuad Brazil yang menjulang Piala Dunia 1994, Mazinho tidak begitu gembira sejak tiba di Nou Camp pada 2011 kerana jarang diturunkan. 

Dia mungkin sedia dibebaskan dengan bayaran 15 juta pound (RM74.19 juta).

Ketika menandatangani kontrak dua tahun lalu, terdapat klausa mengatakan pemain tengah itu mesti beraksi sekurang-kurangnya 30 minit dalam 60 peratus perlawanan. 

Dia bagaimanapun beraksi kurang dari yang dijanjikan dengan hanya bermain 15 minit daripada 36 penampilan. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my