Memaparkan catatan dengan label Arsenal FC. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Arsenal FC. Papar semua catatan

Selasa, 3 Disember 2013

Arsenal sudah nampak sinar


LONDON - Mikel Arteta percaya Arsenal telah mempamerkan karakter sebenar bagi memburu trofi Liga Perdana England musim ini.
Kemenangan 2-0 ke atas Cardiff City tempoh hari meletakkan skuad kendalian Arsene Wenger kini memiliki kelebihan empat mata di takhta liga menjelang aksi melayan kunjungan Hull City di Stadium Emirates awal pagi esok.

Ketika ini, The Gunners dicabar hebat tiga seteru utama - Chelsea, Manchester United dan Manchester City.

Kejayaan menerajui liga ketika ini jelas menggembirakan peminat selepas kali terakhir mereka mendakap trofi liga pada 2004.

Biarpun timbul persoalan sama ada The Gunners mampu mengekalkan kelebihan itu sehingga penghujung musim ini, Arteta sebaliknya percaya apa yang lebih penting, mereka kini berjaya mempamerkan aksi terbaik setakat ini.

Menurut Arteta, kejayaan mengatasi Cardiff sudah berjaya membuktikan segala-galanya.
"Setiap perlawanan di tempat lawan pastinya mencabar.

"Cardiff berjaya mengikat United selain mengecewakan City. Ia sudah menceritakan segala-galanya.
"Jadi, kami seolah-olah telah lulus ujian sebaik mengatasi Cardiff tempoh hari," kata Arteta.
Arteta turut memuji kecemerlangan rakan sepasukannya, Aaron Ramsey ketika berdepan Cardiff tempoh hari.

"Ramsey memiliki prestasi semasa yang menakjubkan.
"Saya percaya dia mampu mengulanginya ketika berdepan Hull City nanti," katanya. - AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Ahad, 3 November 2013

Arsenal benam Liverpool 2-0

LONDON - Arsenal terus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Liverpool 2-0 di Stadium Emirates awal pagi ini.

Dua jaringan masing-masing daripada Santi Ca zorla dan Aaron Ramsey cukup untuk meletakkan Gunners selesa lima mata memisahkannya dengan pasukan tangga kedua, Chelsea. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Rabu, 30 Oktober 2013

Arsenal belum panik


OZIL (kanan) dimasukkan sebagai pemain gantian ketika Arsenal menentang Chelsea di Emirates awal pagi semalam.


LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menegaskan bahawa tiada sebab berasa panik selepas kekalahan 0-2 kepada Chelsea pada pusingan keempat Piala Liga awal pagi semalam.

Ekoran kekalahan kedua berturut-turut di Stadium Emirates itu, Arsenal gagal meneruskan kemaraan ke suku akhir yang menjadi milik Chelsea hasil jaringan Cesar Azpilicueta dan Juan Mata.

Kekalahan itu pastinya sukar ditelan oleh Wenger yang sebelum ini menyaksikan anak-anak buahnya tunduk kepada Borussia Dortmund dalam kempen Liga Juara-Juara di gelanggang sendiri.

Begitupun, jika dilihat kepada rombakan besar-besaran pemain dalam skuad Arsenal dan Chelsea semalam, Wenger enggan menyalahkan barisan pemainnya atas kekalahan tersebut.

"Jangan terlalu cepat membuat kesimpulan. Kalau kamu ambil kira mata yang kami raih sejak Januari lalu, kami menang lebih banyak berbanding pasukan lain," kata Wenger.

"Selepas kalah perlawanan pertama dengan Aston Villa, orang mula meragui keupayaan kami, namun kini kami berada di kedudukan yang kukuh dalam saingan Liga Perdana England.

"Memang benar kekalahan ini sukar sekali diterima, terutama sekali dengan apa yang terjadi sejak dua minggu terakhir.

"Namun, setiap kesilapan yang berlaku boleh diperbetulkan dan itulah apa yang akan kami lakukan," ujarnya.

Sebelum Mesut Ozil dan Olivier Giroud dimasukkan pada babak kedua, Arsenal dilihat hilang ketajaman penyudah apabila penyerang Denmark, Nicklas Bendtner gagal melaksanakan tugasnya dengan baik.

Begitupun, Wenger mempertahankan keputusannya melakukan penggiliran pemain bagi merehatkan tonggak utama menjelang pertemuan dengan Liverpool minggu ini.

"Ia satu perlawanan yang sengit dan ditentukan hasil daripada satu atau dua kesilapan. 

"Kamu tidak boleh beraksi dengan pemain yang sama dalam kesemua perlawanan, kamu perlu juga melakukan penggiliran pada satu masa," katanya. - AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Sabtu, 26 Oktober 2013

Arteta ditimpa malang



ARTETA (tengah) yang menjaringkan gol pertama Arsenal dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain Palace, Chamakh di Selhurst Park malam tadi. Arsenal menang 2-0.


LONDON - Arsenal dipaksa berhempas- pulas untuk menewaskan Crystal Palace 2-0 pada saingan Liga Perdana England di Selhurst Park malam tadi.

Bagaimanapun, skuad The Gunners terpaksa membayar dengan harga yang tinggi atas kemenangan itu selepas terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah pemain tengah, Mikel Arteta dilayangkan kad merah pada minit ke-65.

Pemain Sepanyol itu diperintah keluar padang kerana mengasari bekas penyerang Arsenal, Marouane Chamakh.

Arteta meletakkan Arsenal di depan pada minit ke-47 hasil satu sepakan percuma sebelum penyerang Perancis, Olivier Giroud menambah gol kedua pada minit ke-87.

"Kami menunjukkan daya tahan dan kesabaran yang tinggi serta tersusun dengan baik menentang sebuah pasukan yang terdesak untuk menang.

"Secara jujurnya, saya yakin (penyingkiran Arteta) merupakan suatu keputusan yang silap kerana ia adalah satu peluang untuk menjaringkan gol. Ia sangat jauh dari pintu gol, dia bukan pemain terakhir dan meskipun dia melakukan kesilapan, bagi saya ia tidak disengajakan," kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

Kemenangan itu membolehkan Arsenal mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu liga selepas mengumpul 22 mata selepas memenangi tujuh daripada sembilan perlawanan pertama musim ini.

Selain itu, penjaga gol, Wojciech Szczesny berjaya menyelamatkan dua percubaan berbahaya pasukan tuan rumah dalam masa seminit untuk menghalang gol penyamaan Palace yang ketiadaan pengurus selepas Ian Holloway meletak jawatan pada Rabu lalu.

Selepas tumpas 1-2 kepada Borussia Dortmund pada kempen Liga Juara-Juara, Rabu lepas, Wenger mempertaruhkan barisan terkuatnya.

Bagaimanapun, Wenger meletakkan Jack Wilshere di bangku simpanan kerana pemain England itu masih cedera.

Mathieu Flamini kembali mengemudi barisan tengah skuad The Gunners, namun pemain Perancis itu hanya beraksi selama tujuh minit sebelum dikeluarkan kerana cedera dan digantikan dengan pemain sayap, Serge Gnabry.

Giroud tampil menanduk masuk bola hantaran Bacary Sagna pada lewat permainan untuk memberi kelebihan selesa kepada Arsenal. - AFP

Jumaat, 25 Oktober 2013

Arsenal resah dikejut Dortmund

Berita Harian
 
London: Per Mertesacker beri amaran betapa Arsenal mesti belajar daripada kekalahan dalam saingan Liga Juara-Juara sekiranya pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu berhasrat mengekalkan permulaan cemerlang dalam kempen domestik.

The Gunners akan berdepan kelab bermasalah, Crystal Palace hari ini selepas jaringan lewat Robert Lewandowski menghadiahkan kemenangan 2-1 kelab Jerman Borussia Dortmund di Stadium Emirates dalam aksi Liga Juara-Juara Rabu lalu.

Bebas, bervisi


Berdepan Palace yang menduduki tangga kedua tercorot liga dan tanpa kelibat jurulatih Ian Holloway yang meletak jawatan, skuad bimbingan Arsene Wenger dilihat mudah mengekalkan kedudukan teratas liga namun pertahanan tengah, Mertesacker percaya masih banyak ruang perlu diperbaiki.

“Kami tahu kami bermula baik, tetapi kami tahu ia memerlukan lebih daripada hanya bermain dengan penuh kebebasan dan bervisi,” kata pertahanan Jerman itu. “Kami perlu bertahan terlebih dulu dan kemudian boleh mengubah perkara seterusnya. Kamu boleh lihat apa yang boleh berlaku selepas itu.”

Kekuatan Arsenal setakat ini hadir daripada jentera tengah, tetapi Mertesacker percaya bekas bintang Real Madrid yang juga rakan senegaranya, Mesut Ozil mampu beraksi lebih baik selepas gagal menyerlah ketika menentang Dortmund.

“Tomas Rosicky masuk dan bergandingan baik dengan sesiapa saja seperti Ozil mahupun Wilshere. Apabila ketiga-tiga pemain ini bergabung, kamu dapat rasakan ada magis dan keserasian antara mereka,” kata Mertesacker - AFP

Ahad, 20 Oktober 2013

Arsenal terus mengganas


Steven Gerrard (tiga dari kiri) diraikan rakan-rakan sepasukan selepas meledak gol penyamaan Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris di St James’ Park, Newcastle semalam. - AFP
 
LONDON - Dua jaringan Mesut Ozil membantu Arsenal membenam Norwich 4-1 di Emirates semalam, sekali gus mengukuhkan cengkamannya sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris. 

Ketika The Gunners terus menikmati musim yang menggembirakan, Liverpool dan Manchester United meraih keputusan mengecewakan apabila sekadar seri dalam perlawanan masing-masing.

Liverpool gagal memanfaatkan kelebihan berdepan 10 pemain Newcastle apabila seri 2-2 di St James’ Park, pada ketika United diikat 1-1 oleh Southampton di Old Trafford.

Chelsea sebaliknya melonjak ke tangga kedua liga dengan membelasah kelab bermasalah, Cardiff City 4-1 di Stamford Bridge.

Arsenal, yang kini melebarkan rekod tanpa kalah dalam 12 perlawanan membuka jaringan menerusi Jack Wilshere pada minit ke-18, sebelum Ozil menambah gol di minit ke-58 dan 88. Satu lagi gol Gunners disempurnakan oleh Aaron Ramsey pada minit ke-83.

Di Newcastle, Liverpool dipaksa bangkit daripada ketinggalan dua kali untuk membawa pulang mata berharga dan memastikan misi memburu empat kedudukan teratas liga masih di landasan terbaik. 

Tuan rumah terpaksa mengharungi saingan dengan 10 pemain selepas Mapou Yanga-Mbiwa dilayangkan kad merah pada minit ke-40 kerana menjatuhkan Luis Suarez. 

Newcastle terdahulu di depan menerusi rembatan kencang Yohan Cabaye pada minit ke-23. 

Bagaimanapun Liverpool menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-42 apabila tindakan Yanga-Mbiwa mengkasari Suarez membawa padah. 

Steven Gerrard tenang mengambil sepakan untuk menyamakan kedudukan 1-1. 

Biarpun beraksi dengan kekurangan pemain, Newcastle tetap berjaya menambah gol melalui sepakan kaki kiri pemain gantian, Paul Dummett pada minit ke-57.

Liverpool, yang membelasah The Magpies 6-0 pada pertemuan musim lalu, bangkit sekali lagi hasil gerakan Suarez yang berjaya ditanduk oleh Daniel Sturridge pada minit ke-72. - REUTERS

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Khamis, 17 Oktober 2013

Ada banyak lagi saya belum tunjuk: Ramsey

Berita Harian
Ada banyak lagi saya belum tunjuk: Ramsey  
 Ramsey (kiri) merai jaringan ketika menentang Belgium saingan kelayakan Piala Dunia, kelmarin.
 
London: Aaron Ramsey menegaskan masih banyak lagi yang belum dipamerkannya di sebalik prestasi hebat meledak 10 gol pada permulaan musim 2013-2014 bersama Arsenal.

Pemain tengah Wales itu jelas menjadi kunci kejayaan The Gunners menduduki puncak singgahsana Liga Perdana Inggeris (EPL).
Dan prestasi hebat itu bukan saja bersama Arsenal tetapi kelmarin dia menjaringkan gol penyamaan lewat bagi membantu Wales seri 1-1 menentang Belgium dan pemain terbaik bulanan EPL itu menegaskan dia mampu meningkatkan lagi prestasinya.


“Saya fikir saya mampu memperagakan aksi lebih baik lagi pada masa akan datang. Saya baru berusia 22 tahun dan masih mempunyai ruang untuk melakukan yang lebih baik dan mempelajari sesuatu yang baru. Tetapi bos (Arsene Wenger) memberitahu saya betapa saya perlu belajar cara bertahan.

Dibuai dengan pujian

“Sudah pasti ia akan lebih baik dan saya tidak sabar untuk melaluinya. Apabila kamu tidak mendapat bola ketika pasukan bertahan kerana ada kalanya saya tidak berada di tempat yang sepatutnya.

“Saya perlu bermain dengan lebih baik dengan terbabit dalam semua pergerakan pasukan. Saya akan teruskan rentak baik yang saya lakukan sekarang.” - Agensi

Selasa, 8 Oktober 2013

Ozil mampu julang Arsenal


LONDON - Pemain tengah Real Madrid, Sami Khedira yakin bekas rakan sepasukan, Mesut Ozil mampu menjadikan Arsenal sebagai sebuah pasukan terbaik di England.

Sama seperti para peminat dan pemain Real yang lain, Khedira tanpa berselindung mengakui kecewa selepas Ozil meninggalkan Stadium Santiago Bernabeu dengan melengkapkan yuran perpindahan sebanyak £42.5 juta (RM217 juta) ke Stadium Emritas pada 2 September lalu.

Begitupun, selepas Ozil memberikan impak yang besar kepada skuad The Gunners, Khedira yakin kehadiran pemain Jerman yang disifatkan sebagai genius dan kreatif itu mampu membantu Arsenal meraih kejuaraan pada musim ini.

"Mereka (Arsenal) adalah pasukan yang kuat tetapi Ozil menjadikan mereka pasukan paling hebat dalam England.

"Saya yakin Ozil adalah pemain yang mampu merealisasikan impian mereka dan memenangi kejuaraan pada musim ini.

"Ozil adalah seorang pemain yang cukup genius. Tidak ada cara lain untuk menggambarkan kehebatannya ketika beraksi di atas padang.

"Benar, pemain-pemain Real sangat kecewa Ozil bertindak meninggalkan Sepanyol kerana dia adalah pemain terbaik dalam posisinya.

"Namun, saya perlu menerima keputusan Ozil itu sebagai kawan dan pemain," ujarnya. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Ahad, 6 Oktober 2013

Gunners rampas takhta liga


JACK Wilshere (kanan) melakukan rembatan yang membawa kepada gol penyamaan Arsenal ketika seri 1-1 dengan West Brom dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, semalam. - AFP 
 
LONDON - Arsenal merampas teraju Liga Perdana Inggeris daripada Liverpool selepas seri 1-1 di West Brom, semalam. 

Satu mata penting yang dikutip di tempat lawan membolehkan The Gunners mengumpul 16 mata, berkongsi mata bersama pasukan tangga kedua, Liverpool tetapi dipisahkan dengan jumlah jaringan.
Pada perlawanan semalam, skuad bimbingan Arsene Wenger terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan tuan rumah pada minit ke-42 yang disempurnakan Claudio Yacob.

Bagaimanapun selang 21 minit kemudian, bintang tengah England, Jack Wilshere berjaya menyamakan kedudukan buat Arsenal.

Sementara itu dalam satu lagi perlawanan, Tottenham dikejutkan dengan kekalahan 0-3 kepada West Ham di tempat sendiri.

Gol West Ham dihadiahkan Winston Reid pada minit ke-66, Ricardo Vaz Te (72) serta Ravel Morrison, minit 79 untuk memastikan mereka menghuni tangga ke-13 liga.

Dalam perlawanan terdahulu, Eden Hazard dan Willian yang dibawa masuk daripada bangku simpanan menjadi wira Chelsea apabila menjaringkan gol di hujung permainan untuk membantu The Blues menundukkan Norwich City 3-1 dan melonjak ke tangga ketiga liga. 

Pada ketika Fernando Torres menjalani penggantungan, pengurus Chelsea, Jose Mourinho bertindak menurunkan Demba Ba sebagai penyerang tunggal dan mengetepikan Samuel Eto'o.

Semua tampak sempurna buat Chelsea apabila berjaya membuka jaringan seawal minit keempat di Carrow Road menerusi bintang tengah Brazil, Oscar yang melepaskan rembatan rendah kaki kanan selepas menerima hantaran cantik Ba.

Selepas babak pertama berkesudahan 1-0, Norwich berjaya memperoleh gol penyamaan pada minit ke-68 menerusi tandukan Anthony Pilkington.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Mourinho melakukan pertukaran dengan membawa masuk Hazard dan Willian. 

Hazard, yang masuk menggantikan bek kiri England, Ashley Cole mengatur serangan balas yang pantas sebelum melepaskan rembatan rendah menewaskan penjaga gol lawan pada minit ke-82 untuk pasukan pelawat mendahului 2-1.

Sedar mereka sudah kesuntukan masa, Willian tidak menunggu lama untuk menambah gol ketiga Chelsea menerusi tendangan jarak jauh kaki kiri, seminit kemudian.

Southampton pula meneruskan rentak cemerlang apabila membenam Swansea 2-0, sekali gus melonjak ke tangga keempat liga.

Kapten Saints, Adam Lallana memecah kebuntuan pada minit ke-19, sebelum Jay Rodriguez melengkapkan kemenangan 2-0 tuan rumah pada minit ke-83. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Rabu, 2 Oktober 2013

Impak positif Ozil



OZIL (tengah) meledakkan gol pertamanya dengan Arsenal ketika menewaskan Napoli 2-0 di Stadium Emirates awal pagi semalam.


LONDON - Arsene Wenger yakin Arsenal membuat keputusan yang tepat untuk membeli Mesut Ozil daripada Real Madrid dengan rekod perpindahan tertinggi kelab itu pada 2 September lalu.

Wenger menyuarakan keyakinan itu selepas pemain tengah kreatif Jerman tersebut membantu Arsenal menewaskan Napoli 2-0 pada aksi kedua Kumpulan F kempen Liga Juara-Juara di Stadium Emirates awal pagi semalam.

Selain meledakkan gol pertamanya dengan Arsenal pada minit kelapan, Ozil turut membantu penyerang Perancis, Olivier Giroud menyumbat gol kedua skuad The Gunners pada minit ke-15.

Wenger, 63, membelanjakan £42.5 juta (RM222.6 juta) untuk membeli Ozil dan ketibaan perancang itu banyak membawa perubahan kepada jentera serangan Arsenal.

Arsenal melengkapkan perpindahan mega itu selepas dikritik hebat para peminat ekoran kekalahan 1-3 kepada Aston Villa pada aksi pembukaan Liga Perdana England, 17 Ogos lalu.

Ketibaan Ozil telah memberi impak yang sangat besar dan dia tidak menunggu lama untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan Arsenal dan rakan-rakan sepasukan yang lain.

Arsenal memenangi lima daripada enam perlawanan sejak Ozil menyarung jersi kelab itu.

Wenger berkata, kejayaan Ozil menjaringkan gol sulungnya itu dianggap sebagai permulaan untuk menghadapi satu musim yang hebat baginya.

"Penampilan Ozil pada separuh masa pertama sangat menakjubkan. Dia telah memperaga teknik individu yang menarik dan penyudah yang sangat tajam. Saya sangat terhibur menyaksikan corak permainannya.

"Saya sangat meminatinya semasa dia bermain dengan Real. Saya rasa dia sangat hebat di sana dan kami sangat bertuah kerana dapat memilikinya.

"Dia seronok bermain dengan pasukan ini dan dia sangat cepat untuk mengadaptasi gaya permainan kami. 

"Dia hadir tepat pada masanya dan telah banyak membantu kami setakat ini," kata Wenger.
Kejayaan menewaskan Napoli yang dibimbing bekas pengurus Liverpool dan Chelsea, Rafael Benitez itu cukup penting buah anak-anak buah Wenger.

Ketika ini, Arsenal memimpin kedudu- kan teratas dalam Kumpulan F selepas mengumpul enam mata, masing-masing tiga mata di depan Napoli dan Borussia Dortmund manakala Marseille di tangga keempat selepas gagal mengutip sebarang mata sepanjang dua perlawanan pertama.- AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Wenger pengurus terbaik EPL - Benitez


Arsene Wenger 
 
LONDON - Pengurus Napoli, Rafael Benitez memuji Arsene Wenger yang dianggap sebagai jurulatih terbaik dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), sehari sebelum pasukannya menentang Arsenal pada saingan Liga Juara-Juara Eropah, semalam. 

Walaupun Gunners dikejutkan dengan kekalahan 1-3 kepada Aston Villa di tempat sendiri dalam aksi pembukaan liga musim ini, namun mereka bangkit mencatat lima kemenangan berturut-turut pada perlawanan berikutnya.

Kebangkitan itu membolehkan anak-anak buah Wenger mengungguli takhta liga.
Kejayaan tersebut juga turut mematahkan kritikan yang dilemparkan terhadap Wenger selama ini, ekoran kegagalan jurulatih kelahiran Perancis itu membawa Arsenal merangkul sebarang trofi dalam tempoh lapan tahun.

Bagaimanapun bagi Benitez, yang pernah membimbing Liverpool dan Chelsea, beliau tidak pernah meragui kualiti yang dimiliki Wenger sepanjang memerhatikan jurulatih itu ketika berada di England.
"Pada saya Arsenal adalah sebuah pasukan yang kuat kerana mereka memiliki Arsene Wenger, antara jurulatih terbaik Liga Perdana Inggeris. 

"Arsenal telah membawa masuk ramai pemain yang bagus. Setakat ini, mereka memulakan kempen dengan baik. Wenger seorang pengurus yang hebat tahu apa yang perlu dilakukan. 

"Saya tidak terkejut jika suatu hari nanti beliau mampu membawa Arsenal merangkul Liga Juara-Juara Eropah, tetapi bukan pada musim ini," ujar Benitez. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Isnin, 30 September 2013

Arsenal waspada aksi pantas Napoli


LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger memberi amaran kepada pemainnya agar berwaspada dengan serangan pantas Napoli yang disifatkan cukup berbahaya menjelang pertembungan kedua-dua pasukan pada aksi Kumpulan F Liga Juara-Juara, hari ini.

Wenger mengetahui serba sedikit mengenai kekuatan lawan ketika kedua-dua pasukan seri 2-2 dalam Piala Emirates, dan beliau sudah masak dengan taktikal pengurus Napoli, Rafael Benitez yang pernah mengendalikan Chelsea serta Liverpool.

Napoli belum pernah tewas semenjak dibimbing Benitez, yang dilantik pada Mei lalu dan Wenger mengakui bahagian sayap kelab Itali itu adalah ancaman mereka dengan menjadikan Lorenzo Insigne sebagai pemain utama yang perlu diberi perhatian.

''Dia lincah. Walaupun tidak tinggi, namun dia pantas dan bijak menukar corak permainan dari bertahan ke menyerang.

''Dia juga mempunyai skil individu yang tinggi dan tahu mendapatkan posisi yang bersesuaian," ujar Wenger. - REUTERS

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Ahad, 29 September 2013

Balotelli bakal sertai Suarez di Liverpool?


LONDON - Akhbar Britain semalam melaporkan, Arsenal dan Liverpool sedang mempertimbangkan untuk memancing bintang penyerang bermasalah, Mario Balotelli pada pasaran perpindahan pemain, Januari ini.

Laporan di Itali sudah tersebar luas bahawa Balotelli, yang mencetus kontroversi sepanjang beraksi di Manchester City dikatakan bersedia untuk dilepaskan oleh kelabnya sekarang, AC Milan dengan harga 12 juta pound (RM62.49 juta).

Sekiranya Milan meneruskan hasrat mereka, pemain antarabangsa Itali itu dikhabarkan berminat untuk berkongsi pasukan bersama seorang lagi penyerang kontroversi, Luis Suarez di Liverpool. 

Biarpun diakui antara penyerang paling berbakat pernah dimiliki Itali, namun sikap panas baran Balotelli, 23, sering menimbulkan banyak masalah kepada mana-mana kelab yang diwakili.

Tahun lalu, dia bergaduh dengan pengendali City, Roberto Mancini pada sesi latihan, situasi yang membawa kepada penjualan pemain itu. Balotelli juga sering memberi masalah kepada pasukannya apabila kerap dilayangkan kad merah kerana membantah keputusan pengadil. 

Sikap buruk pemain itu tidak berakhir sekali pun selepas dia menyertai pasukan baharu, Milan. Minggu lalu, bekas penyerang Inter Milan itu dilayangkan kad merah selepas membantah keputusan pengadil ketika pasukannya kalah 1-2 kepada Napoli. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Ramsey balas kepercayaan Wenger


Aaron Ramsey (kanan) membantu Arsenal menang 2-1 ke atas Swansea dalam saingan Liga Perdana Inggeris, semalam. - AGENSI 
 
SWANSEA, United Kingdom - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger selama ini menegaskan, dia tidak pernah meragui keupayaan Aaron Ramsey untuk kembali ke prestasi terbaiknya, dan bintang tengah Wales itu membalas kepercayaan tersebut dengan membantu pasukan menang 2-1 di Swansea semalam, sekali gus meletakkan Gunners sebagai peneraju Liga Perdana Inggeris.

Ramsey, 22, sebelum ini terpaksa melupakan bola sepak selama lapan bulan gara-gara patah kaki ekoran terjahan keras yang dilakukan oleh pemain Stoke City, Ryan Shawcross pada Februari, 2010. Apabila pulih dan kembali ke padang, dia dipinjamkan kepada Nottingham Forest serta Cardiff City untuk mengembalikan semula keyakinan.

Ramsey mengambil sedikit masa untuk mendapatkan semula sentuhannya sebaik saja kembali ke Emirates, namun musim ini dia tampil bagaikan orang baharu apabila mempamer prestasi yang hebat, menjaringkan lapan gol dalam saingan liga dan Liga Juara-Juara. 

Menentang Swansea di Stadium Liberty semalam, Ramsey meledak satu gol dan mencipta gerakan untuk jaringan pembukaan yang disempurnakan pemain remaja Jerman, Serge Gnabry. 

“Ramsey masih muda. Hari ini dia dan Gnabry, dua pemain muda kami menjaringkan gol. Kalau dicampurkan umur kedua-dua pemain ini, baharu 40 tahun!.

“Kita kena ingat, karier Aaron pernah menerima tamparan akibat kecederaan teruk yang dialami. Selepas mengharungi detik yang buruk dan apabila orang ramai mula mempersoalkan kemampuannya, adalah amat penting untuk saya sentiasa memberi keyakinan kepada pemain ini.

“Kemudian, saya lihat dia mula menunjukkan respons daripada kepercayaan yang terus diberikan oleh pasukan kepadanya. Saya tahu dia mampu kembali ke prestasi terbaiknya suatu hari nanti, kalau kita terus meyakini kemampuannya," ujar Wenger. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Khamis, 26 September 2013

Wenger bangga aksi pemain muda


PEMAIN-PEMAIN Arsenal meraikan kejayaan menewaskan West Bromwich Albion 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti pada Piala Liga awal pagi semalam.


LONDON - Arsene Wenger mengakui bangga dengan persembahan skuad muda Arsenal yang menundukkan West Bromwich Albion 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi pusingan ketika Piala Liga awal pagi semalam.

Pada aksi di Stadium The Hawthorns itu, kemenangan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sepanjang 120 minit permainan.

Pemain tengah Arsenal, Thomas Eisfield meletakkan pasukan pelawat di depan pada minit ke-61 tetapi Saido Berahino berjaya mengikat kedudukan 10 minit kemudian.

Wenger bangga dengan persembahan barisan pemain skuad The Gunners terutamanya Eisfield yang baru berusia 20 tahun, Serge Gnabry (18 tahun), Isaac Hayden (18 tahun) dan Chuba Akpom (17 tahun).

"Saya bangga kerana kami menampilkan ramai pemain muda. Mereka mampu bermain dengan baik dan memiliki semangat juang yang tinggi.

"Sepakan penalti memihak kepada kami tetapi secara keseluruhan, persembahan yang baik lebih penting.

"Pemain-pemain muda Arsenal menunjukkan bahawa mereka mampu beraksi dengan corak permainan yang kami biasa gunakan sebelum ini," kata Wenger.

Bagaimanapun, Arsenal berdepan laluan sukar selepas diundi bertemu Chelsea pada pusingan keempat di Stadium Emirates pada 29 Oktober depan. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Rabu, 18 September 2013

Ramsey bantu kemenangan Arsenal tewaskan Marseille

Berita Harian

LONDON: Aaron Ramsey meneruskan aksi cemerlang apabila membantu kemenangan Arsenal dalam aksi sulung Liga Juara-Juara Eropah menewaskan Marseille 2-1, di Stade Velodrome, awal pagi tadi.

Jaringan kemenangan Ramsey diperoleh pada minit ke-84 dengan meledak tendangan kencang menerusi hantaran Kieran Gibbs.
Sebelum itu, Arsenal mengejutkan tuan rumah dengan gol pendahuluan pada separuh masa pertama jaringan Theo Walcott.


Marseille bagaimanapun mendapat gol saguhati menerusi jaringan penalti Jordan Ayew pada saat akhir permainan selepas Ramsey menjatuhkan Andre Ayew dalam kotak penalti.

Selasa, 17 September 2013

Arsenal dihantui kebimbangan


MARSEILLE - Arsenal perlu lebih berhati-hati apabila berkunjung ke Stade Velodrome untuk berdepan Marseille pada aksi pembukaan Kumpulan F kempen Liga Juara-Juara awal pagi esok.

Meskipun berada pada prestasi terbaik, Arsenal dihimpit kebimbangan apabila menyedari mereka perlu beraksi dalam kumpulan sukar bersama-sama Marseille, Napoli dan Borussia Dortmund.

Skuad The Gunners perlu meneruskan aksi cemerlang selepas memenangi kelima-lima perlawanan dalam kesemua pertandingan sejak tewas 1-3 kepada Aston Villa pada aksi sulung Liga Perdana England, 17 Ogos lalu.

Ketika ini, Arsenal menduduki tangga kedua selepas mengumpul sembilan mata, satu mata di belakang Liverpool hasil kemenangan 3-1 ke atas Sunderland, Sabtu lalu.

Kemenangan itu hadir hasil persembahan cemerlang pemain termahal Arsenal, Mesut Ozil yang dibeli dari Real Madrid dan pengurus, Arsene Wenger semakin yakin terhadap keupayaan anak-anak buahnya meskipun mereka masih dibelenggu masalah kecederaan pemain.

Perancang Sepanyol, Santi Cazorla muncul sebagai pemain terbaharu yang tiba di bilik rawatan skuad The Gunners apabila ditimpa kecederaan pergelangan kaki, sekali gus bakal direhatkan beberapa minggu.

Selain itu, Lukas Podolski dan Alex Oxlade-Chamberlain turut menyertai Cazorla apabila kedua-dua bintang Arsenal ditimpa kecederaan, manakala penyerang berbisa, Olivier Giroud dijangka sempat cergas meskipun dia ditimpa kecederaan lutut ketika menentang Sunderland.

Kini, Wenger sangat berharap agar bintang Perancis itu dapat diturunkan kerana beliau mengakui Giroud sukar untuk digantikan oleh mana-mana pemain buat masa ini.

Begitupun, kepulangan Giroud menjadi subjek utama apabila bekas pemain Montpellier itu berazam untuk membantu mempertahankan rekod tanpa kalah Arsenal kepada kelab Perancis.
"Saya mengetahui bahawa Marseille adalah sebuah pasukan yang cukup bagus dan mereka memiliki penyokong-penyokong yang begitu menakjubkan.

"Saya pasti kami akan berjuang kerana Arsenal terdesak untuk melakukan permulaan yang baik selain merakamkan kemenangan pertama di pentas Liga Juara-Juara.

"Meskipun kami ditimpa krisis kecederaan, Arsenal masih memiliki kualiti dan kami akan berusaha untuk memenangi perlawanan ini," ujarnya. - AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Rabu, 4 September 2013

Seorang lagi pemain Bolasepak islam menyertai Arsenal

'Wenger berjaya meyakinkan saya'


OZIL (kiri) dan Podolski memegang jersi Arsenal selepas menyelesaikan perpindahan ke kelab itu kelmarin.


BERLIN - Mesut Ozil mendedahkan bahawa dia tidak berniat untuk meninggalkan Real Madrid.
Bagaimanapun, pemain tengah kreatif itu mengubah fikiran selepas menyedari dia berdepan risiko menjadi pemain simpanan dalam skuad The Galaticos.

Ozil, 24, menyaksikan Gareth Bale melengkapkan perpindahan daripada Tottenham Hotspur ke Santiago Bernabeu, Isnin lalu sebelum bersetuju untuk berpindah ke Emirates dengan yuran perpindahan yang dilaporkan berjumlah £42.5 juta (RM217.8 juta).

Perancang Jerman itu berkata, dia bersetuju untuk berpindah selepas mengetahui bahawa dia tidak lagi berada dalam perancangan pengurus baharu Real, Carlo Ancelotti.

"Pada suatu ketika (beberapa hari lalu), saya membuat keputusan untuk kekal di Real tetapi selepas itu saya menyedari bahawa jurulatih dan pengarah kelab tidak lagi menaruh kepercayaan kepada saya.

"Saya adalah seorang pemain yang memerlukan keyakinan itu dan keputusan menyertai Arsenal mungkin mampu mengubah nasib saya. Sebab itu saya membuat keputusan untuk berpindah," kata Ozil yang disiarkan dalam laman web Persatuan Bola Sepak Jerman kelmarin.

Kini, Ozil tidak sabar untuk bergandingan semula dengan rakan senegara, Per Mertesacker dan Lukas Podolski selain bekerjasama dengan pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang mampu berkomunikasi dalam bahasa Jerman.

"Wenger menunjukkan keyakinan kepada saya dan kini, saya berpeluang untuk meneruskan kemajuan sebagai seorang pemain. Saya mahu berada pada tahap terbaik menjelang Piala Dunia 2014.

"Saya bercakap dengannya untuk satu tempoh yang lama dalam telefon dan dia memberitahu saya bagaimana dia fikir bola sepak sepatutnya dimainkan," kata bekas pemain Schalke 04 dan Werder Bremen itu.

Dia dijangka membuat penampilan pertama dengan Arsenal pada aksi Liga Perdana England menentang Sunderland, 14 September depan. - AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Selasa, 3 September 2013

Wenger kotakan janji



OZIL menandatangani kontrak selama empat tahun dengan Arsenal semalam.


LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengotakan janjinya untuk menandatangani seorang pemain berkelas dunia apabila melengkapkan pemain tengah kreatif Real Madrid, Mesut Ozil ke Stadium Emirates semalam.

Ozil, 24, menandatangani kontrak selama empat tahun untuk mencatat rekod perpindahan tertinggi kelab iaitu berjumlah £42.5 juta (RM216.4 juta).

Harga tersebut mengatasi jumlah £17.5 juta (RM89.2 juta) yang dibayar The Gunners ketika membeli Jose Antonio Reyes daripada Sevilla pada Januari 2004.

Ia juga merupakan rekod bayaran kedua tertinggi dalam saingan Liga Perdana England selepas dilakukan Chelsea ketika membeli Fernando Torres dari Liverpool dengan harga £50 juta (RM254.8 juta) pada 2011.

Selain itu, Ozil mengatasi rekod perpindahan tertinggi pemain Jerman milik Mario Gotze dari Bayern Munich yang berpindah dari Borussia Dortmund dengan harga 37 euro (RM159 juta), Julai lalu.

Arkitek Jerman itu juga muncul pemain yang menerima gaji paling tinggi di Stadium Emirates iaitu sekitar £140,000 (RM713,526) seminggu.

"Saya tidak sabar lagi untuk meneruskan masa depan saya bersama Arsenal.

"Ketika bercakap dengan Wenger, saya terus memperoleh sesuatu yang telah lama hilang dalam diri saya, iaitu kepercayaan yang diberikan terhadap saya.

"Saya akan membalas segala kepercayaan kelab dan peminat Arsenal dalam setiap perlawanan. Kini, saya hanya mahu membantu kelab itu menamatkan kemarau trofi mereka," kata Ozil.

Kehadiran Ozil memberikan sedikit kegembiraan kepada peminat-peminat skuad The Gunners selepas mereka gagal untuk mendapatkan Luis Suarez, Wayne Rooney, Karim Benzema dan Gonzalo Higuain.

"Ozil merupakan seorang pemain yang hebat dan memiliki kualiti di peringkat kelab serta antarabangsa.

"Kami telah lama meminatinya kerana dia mempunyai segala kriteria yang saya cari sebagai seorang pemain Arsenal.

"Saya telah beritahu bahawa kami sedang berusaha membawa seorang pemain berkualiti ke sini. Ozil seorang pemain berkelas dunia yang akan memperkuatkan lagi barisan pemain yang sedia ada.
"Kami tidak sabar untuk melihat dia menyertai kami sebaik sahaja selesai menjalani tugasan antarabangsa dengan Jerman minggu ini," kata Wenger. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Rabu, 28 Ogos 2013

Arsenal sahkan slot



RAMSEY (kiri) meledakkan kedua-dua gol ketika Arsenal menewaskan Fenerbahce 2-0 pada aksi playoff Liga Juara-Juara di Stadium Emirates awal pagi semalam.


PARIS - Arsenal mengesahkan slot ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara buat kali ke-16 berturut-turut selepas menewaskan Fenerbahce 2-0 pada aksi playoff kedua di Stadium Emirates awal pagi semalam.

Skuad The Gunners layak dengan agregat 5-0 hasil kemenangan 3-0 pada aksi pertama di Stadium Sukru Saracoglu, Turki minggu lalu.

Pada aksi awal pagi semalam, Aaron Ramsey sekali lagi menjadi pemusnah apabila meledakkan kedua-dua gol kemenangan Arsenal masing-masing pada minit ke-25 dan 72.

Bagaimanapun, kehilangan Lukas Podolski akibat kecederaan pada awal babak kedua menjejaskan sedikit keceriaan kem skuad The Gunners dan pengurusnya, Arsene Wenger.

"Pada saingan peringkat tertinggi ini, apa yang paling sukar ialah untuk beraksi secara konsisten dan sudah tentu ia adalah satu pencapaian yang besar.

"Bagaimanapun, kami berdepan krisis kecederaan di jentera hadapan kerana bakal kehilangan Podolski. Saya tidak tahu bagaimana keadaan Ramsey dan saya tidak tahu perkembangan (Jack) Wilshere yang mengalami kecederaan buku lali.

"Dia (Wilshere) mungkin tiada apa-apa tetapi Podolski sudah pasti berehat selama 21 hari dan bagi Ramsey pula, kami kena periksa dahulu keadaan kecederaan pangkal pahanya esok (semalam)," kata Wenger.

Arsenal tidak pernah memenangi gelaran utama di England dan Eropah sejak merangkul trofi Piala FA 2005.

Sementara itu, kelab Jerman, Schalke turut mengikut jejak langkah Arsenal setelah menang tipis 3-2 ke atas PAOK Salonika, sekali gus layak dengan agregat 4-3.

Steaua Bucharest juga akan beraksi di peringkat kumpulan buat pertama kalinya dalam masa lima tahun setelah seri 2-2 dengan Legia Warsaw untuk layak menerusi peraturan jaringan gol di tempat lawan setelah seri 1-1 pada aksi pertama. 

Turut melayakkan diri adalah Austria Vienna yang menewaskan Dinamo Zagreb dengan agregat 4-3, manakala Basel menewaskan Ludogorets Razgrad dengan agregat 6-2. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my