Memaparkan catatan dengan label Australia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Australia. Papar semua catatan

Ahad, 8 September 2013

Brazil belasah Australia


NEYMAR (kiri) antara penyumbang gol buat Brazil ketika membelasah Australia 6-0 dalam satu aksi persahabatan antarabangsa di Brasilia kelmarin.


BRASILIA - Neymar menjaringkan satu gol dan menjadi penggerak kepada dua lagi jaringan ketika Brazil membelasah Australia 6-0 pada aksi persahabatan di Stadium Nacional awal pagi semalam.

Penyerang Manchester City, Jo meledakkan dua gol lagi pada babak pertama sebelum Ramires, Pato dan Luiz Gustavo melengkapkan jaringan besar Brazil itu ke atas Australia sejak final Piala Konfederasi 1997.

Australia pula dilihat gagal memberi masalah kepada Brazil yang mendominasi permainan dan menghukum kealpaan pertahanan skuad Socceroos itu tanpa belas kasihan.

Sebelum perlawanan, perancang Brazil, Oscar tidak diturunkan ekoran kecederaan buku lali ketika latihan manakala sebelum rehat, pertahanan kiri Real Madrid, Marcelo pula terpaksa dikeluarkan kerana masalah hamstring.

Pesta gol bermula seawal minit kelapan apabila Jo menyambut baik hantaran Neymar.

Jo kemudian menggandakan kelebihan Brazil dengan gol pada minit ke-31 dengan memperdayakan kapten dan pertahanan Australia, Lucas Neil.

Neymar pula menjaringkan gol ketiga pada minit ke-35 selepas menggelecek tiga pemain Australia.
Ia merupakan gol ke-25 pemain Barcelona itu dalam 41 penampilan bersama Brazil.

Pada babak kedua, Ramires menanduk masuk bola hantaran Maxwell pada minit ke-58 sebelum Pato menambah gol kelima pada minit ke-71 hasil gerakan Neymar.

Brazil kemudian menutup pesta mereka dengan gol terakhir pada minit ke-81 menerusi percubaan menarik Luiz Gustavo. - AP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Selasa, 9 Julai 2013

Australia ahli baharu AFF

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN

KUALA LUMPUR - Australia hampir pasti bakal menjadi ahli ke-12 Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), namun skuad Socceroos itu tidak akan menyertai Piala Suzuki AFF, sebaliknya hanya tertumpu kepada kejohanan bawah umur atau wanita.

Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung AFF, Datuk Azzuddin Ahmad yang berkata, hasrat itu telah diminta sendiri oleh Persekutuan Bola Sepak Australia (FFA) dan tujuan mereka menyertai AFF adalah untuk tujuan meningkatkan pembangunan bola sepak di rantau ini secara bersama.

Tambahnya, semua pihak termasuk Malaysia tidak perlu memandang negatif penyertaan Australia sebagai ahli gabungan AFF yang terbaharu sebaliknya melihat apa yang boleh ditawarkan negara itu kepada kemajuan bola sepak Asia Tenggara.

Dalam masa sama, beliau menafikan khabar angin menyatakan China berminat menyertai Piala Suzuki AFF sebagai pasukan jemputan.

‘‘Surat mengenai kemasukan mereka telah saya terima di pejabat AFF dan mereka kini hanya tunggu secara rasmi untuk diterima sebagai ahli baharu AFF ke-12.

‘‘Bagaimanapun, mereka ada menyatakan permohonan untuk tidak sertai Piala AFF tetapi berhasrat untuk bertanding dalam mana-mana kejohanan peringkat bawah umur serta kategori wanita.

‘‘Mengenai China, ini pertama kali saya dengar mereka hendak sertai Piala AFF, saya sendiri rasa terkejut dan buat masa ini kami tidak pernah menerima sebarang permohonan daripada mereka," katanya yang ditemui di Wisma FAM selepas majlis perpisahannya selaku Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam.

Apa yang pasti, keengganan Australia untuk menyertai Piala Suzuki AFF boleh difahami kerana mutu bola sepak Asia Tenggara masih rendah.

Tiada mana-mana pasukan dari rantau ini mampu berada sekurang-kurangnya dalam kelompok 10 teratas Asia sedangkan Australia kini berada di ranking ke-40 dunia, kedua terbaik di Asia.

Jelas sekali penyertaan dalam Piala Suzuki AFF tidak akan memberi faedah kepada Socceroos kerana mutu bola sepak mereka telah jauh meninggalkan negara-negara ASEAN dan ia memberi tamparan yang hebat kepada AFF.

Buat masa ini, pasukan senior Australia memilih untuk menyertai kejohanan Piala Asia Timur yang disertai dua gergasi Asia, Jepun dan Korea Selatan, selain Korea Utara serta China.

Begitupun seperti kata Azzuddin, kemasukan Australia boleh membawa banyak perkara positif, terutama daripada segi meningkatkan kualiti pembangunan akar umbi dengan kepakaran yang ditawarkan negara itu. 

“Jangan anggap kedatangan Australia sebagai satu ancaman kepada bola sepak Asia Tenggara kerana mereka boleh menjalinkan kerjasama dalam bentuk penganjuran bengkel dan seminar kepada jurulatih.

“Malah, kita boleh mempelajari sesuatu daripada mereka dalam aspek pembangunan sains sukan dan menerapkannya dalam sukan bola sepak," katanya lagi.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Mark Schwarzer sertai Chelsea


LONDON 10 Julai - Penjaga gol Australia Mark Schwarzer telah menyertai Chelsea dengan mengikat kontrak selama setahun.

Bekas pemain Fulham sebelum ini pernah beraksi bersama Middlesbrough. - Agensi

Selasa, 18 Jun 2013

Australia iringi Jepun


PEMAIN-PEMAIN Australia meraikan kejayaan mara ke pusingan akhir Piala Dunia 2014 di Brazil selepas menewaskan Iraq 1-0 di Stadium Olimpik, Sydney semalam.



SYDNEY - Australia mengesahkan slot ke pusingan akhir Piala Dunia 2014 di Brazil selepas menewaskan Iraq 1-0 di Stadium Olimpik, Sydney semalam.

Pemain gantian, Josh Kennedy dijulang sebagai wira apabila dia menjaringkan gol kemenangan pasukan tuan rumah pada minit ke-83 pada aksi kelayakan Kumpulan B Zon Asia itu.

Meskipun gagal mencatat kemenangan yang membanggakan di hadapan 80,000 penonton itu, ia sudah memadai buat Australia untuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2014 buat kali ketiga berturut-turut, sekali gus mengekori Jepun yang sudahpun layak pada awal bulan lalu.

Kemenangan itu membolehkan Australia mengumpul 13 mata, empat mata di depan Oman (sembilan mata) dan Jordan (tujuh mata).

Pada perlawanan semalam, Australia mempersia-siakan banyak peluang untuk menjaringkan gol sebelum jurulatih, Holger Osieck menggantikan Tim Cahill dengan Kennedy pada minit ke-77.

Bagaimanapun, penyerang Nagoya Grampus itu membuktikan kehebatannya apabila meledakkan gol kemenangan Australia.

"Kami membanggakan semua orang. Ia merupakan satu kempen yang sukar tetapi kami membuktikan kekuatan mental kami.

"Saya minta maaf kerana kemenangan itu tidak menarik tetapi kami menewaskan mereka.
"Kami perlu memberi tekanan kepada diri sendiri. Mari kita lihat pada aspek positif malam ini (semalam). Kami layak ke Brazil," kata kapten, Lucas Neill.

Sementara itu, Osieck menaruh keyakinan kepada anak-anak buahnya selepas mereka menewaskan Jordan 4-0 di Melbourne minggu lalu.

Bagaimanapun, ia bukan persembahan yang diharapkan dan pengendali kelahiran Jerman itu yakin mereka mampu menampilkan aksi yang lebih cemerlang.

"Ia adalah satu kerja keras, kami bermain sebagai sebuah pasukan dan berhak melayakkan diri ke Piala Dunia 2014.

"Saya berasa bangga kerana saya adalah sebahagian daripada pasukan ini. Terdapat banyak aspek positif tetapi kini, bukan masanya untuk membuat analisis. Ia masih terlalu awal," kata Osieck. - AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Jumaat, 7 Jun 2013

Harimau Malaya diaibkan Kanggaru 'tak profesional'


KERATAN The Canberra Times versi online yang memperlekehkan keupayaan skuad Haramau Malaya.


SUDAH jatuh ditimpa tangga. Demikian nasib skuad Harimau Malaya yang diperlekehkan oleh media tempatan Canberra, Australia sejurus kekalahan tipis 2-3 dalam satu aksi persahabatan menentang Canberra FC kelmarin.

Lebih memalukan, akhbar The Canberra Times menggunakan tajuk 'Pemain tidak profesional raih kemenangan ke atas skuad kebangsaan (part- timers steal win over internationals) jelas memberi impak kepada maruah skuad negara.

Begitupun, jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal (gambar kecil) kekal positif sebagaimana beliau memandang aksi tersebut sangat kompetitif.

Jelasnya, beliau berpuas hati dengan persembahan pemain yang ditunjukkan walaupun Harimau Malaya ketinggalan dua gol awal pada aksi itu.

"Pendapat saya, perlawanan itu kompetitif dan secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan persembahan pemain. 

"Barisan pemain telah menunjukkan karakter yang bagus yang kami ketinggalan dua gol pada separuh masa pertama.

"Kami berjaya bangkit pada aksi kedua perlawanan dengan bermain lebih agresif dan mempunyai peluang untuk menjaringkan gol," katanya selepas tamat perlawanan itu kelmarin.

Dalam perkembangan sama, Rajagobal turut memuji persembahan penyerang Johor Darul Takzim (Johor DT), Safee Sali yang menjaringkan dua gol ketika menentang kelab divisyen dua Australia itu.
"Saya berpuas hati dengan Safee yang menjaringkan dua gol pada perlawanan itu. 

"Sudah lama Safee tidak menjaringkan gol. Jadi, saya berharap dia serta pemain yang lain dapat mempamerkan rentak lebih baik berbanding malam ini (kelmarin) dalam perlawanan seterusnya," katanya.

Pada aksi kelmarin, Canberra FC mendahului dua gol menerusi jaringan Alex Olo- riegbe dan Ryan Keir pada minit ke-28 dan ke-34.

Penyerang gantian, Safee kembali merapatkan jurang dengan menjaringkan dua gol pada minit ke-61 dan ke-83.

Bagaimanapun, Philippe Bernabo memastikan kemenangan tuan rumah apabila menewaskan Mohd. Farizal Marlias menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Khamis, 6 Jun 2013

Schwarzer 'merajuk'



SCHWARZER akan beraksi bersama kelab England sebaik meninggalkan Fulham.


SYDNEY - Penjaga gol veteran Australia, Mark Schwarzer meluahkan hasrat untuk meninggalkan Fulham selepas kelab Liga Perdana England itu berjaya menandatangani pemain antarabangsa Belanda, Maarten Stekelenburg.

Kontrak Schwarzer, 40, yang beraksi cemerlang ketika Australia seri 1-1 dengan Jepun pada aksi kelayakan Piala Dunia 2014 baru-baru ini bersama Fulham akan berakhir bulan depan.
Bagaimanapun, kehadiran Stekelenburg menyebabkan Schwarzer nekad untuk berhijrah.

"Ia bukan sesuatu yang mengejutkan kerana saya sudah lama mendengar mengenai perkara itu (kehadiran Stekelenburg).

"Jadi, saya akan berhijrah ke kelab baharu tetapi ia hanya akan difikirkan selepas membantu Australia," katanya.

Ketika ditanya kemungkinan kembali ke saingan Liga Australia, Schwarzer berkata: "Mustahil. Saya tidak mahu mengganggu kehidupan keluarga saya.

"Ketika ini, anak saya masih bersekolah. Jadi, saya berharap untuk kekal beraksi di England."
Untuk rekod, Stekelenburg, 30, menyertai Fulham dari kelab Itali, AS Roma dengan kontrak selama empat tahun.

Dia merupakan pemain keempat yang dibeli Fulham selepas berjaya mendapatkan Sascha Riether (Jerman), Derek Boateng (Ghana) dan tonggak pertahanan Venezuela, Fernando Amorebieta. - AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my