Memaparkan catatan dengan label Thiago Alcantara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Thiago Alcantara. Papar semua catatan

Isnin, 15 Julai 2013

Thiago milik Bayern


THIAGO akan menandatangani kontrak selama empat tahun dengan Bayern.


MADRID - Juara Eropah, Bayern Munich menambah kekuatan di posisi tengah apabila bersetuju mengikat pemain tengah Barcelona, Thiago Alcantara dengan yuran perpindahan 25 juta euro (RM104 juta).

Menurut satu kenyataan dalam laman web rasmi Bayern kelmarin, Thiago, 22, akan menjalani ujian perubatan dalam tempoh beberapa hari lagi sebelum menandatangani kontrak selama empat tahun, sekali gus memintas Manchester United untuk mengikat bintang skuad Bawah 21 (B-21) Sepanyol itu.

Jika semuanya berjalan lancar, Thiago akan bekerjasama semula dengan bekas pengendali Barca, Pep Guardiola yang kini menjadi jurulatih Bayern.

Dalam pada itu, Barca turut mengesahkan perkara itu dan mereka menjelaskan, perjanjian itu bakal menjadikan hubungan dua hala antara skuad The Catalan dan Bayern menjadi lebih mesra.

Bayern akan menjelaskan 5 juta euro (RM20.8 juta) daripada yuran perpindahan yang diasingkan menerusi gajinya dan separuh lagi daripada persetujuan Thiago sendiri untuk dijadikan sebahagian upah beberapa proses perpindahannya.

"Thiago merupakan pemain yang sangat diidamkan jurulatih baharu Bayern. Aksinya sangat mengagumkan dan dia bakal menambah kekuatan kelab itu.

"Kami sangat mengalu-alukan kehadiran pemain berbakat besar itu dan dia merupakan pembelian terbesar serta terbaik kami," kata Ketua Eksekutif Bayern, Karl-Heinz Rummenigge.

Thiago yang lahir daripada Akademi Remaja Barcelona dilihat sebagai prospek besar bagi menggantikan Xavi di posisi tengah kelab gergasi Sepanyol itu.

Beberapa laporan media Sepanyol menyebut, Thiago kecewa kerana dia kurang diberi peluang beraksi, sekali gus memaksa dia berhijrah ke Jerman bersama kelab yang menghargai bakatnya.

Untuk rekod, Thiago yang menjadi kapten skuad B-21 Sepanyol membantu pasukan itu menjadi juara Eropah.

Pada aksi final itu, Thiago meledak hatrik untuk membantu kemenangan 4-2 Sepanyol ke atas Itali, sekali gus dipilih sebagai pemain paling berharga oleh Persekutuan Bola Sepak Eropah (UEFA).
Ironinya, Thiago lahir di Bari, Itali dan bapanya, Mazinho merupakan bekas pemain tengah Brazil serta pernah menganggotai skuad Samba itu ketika menjadi juara Piala Dunia 1994.
Adiknya, Rafinha juga bermain di bahagian tengah dengan skuad Barcelona B. - Reuters

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Sabtu, 13 Julai 2013

Guardiola cuba potong jalan United


LONDON - Jurulatih Bayern Munich, Pep Guardiola sedang bersaing dengan Manchester United dalam usaha mendapatkan khidmat pemain tengah Barcelona, Thiago Alcantara.

Sebelum ini, pemain berusia 22 tahun itu dikatakan semakin hampir untuk menyarungkan jersi United pada musim depan.

Namun, Alcantara kini memiliki satu lagi pilihan apabila bekas jurulatih The Catalan, Guardiola mahu membawa dia ke Jerman pada musim depan.

"Saya mahu (khidmat) Alcantara. Saya telah meminta kepada Bayern untuk mendapatkannya tetapi saya tidak tahu apa yang akan terjadi.

"Hanya Alcantara sahaja pemain yang saya mahu, itulah yang saya beritahu kepada pihak pengurusan Bayern.

"Hanya dia atau tiada pemain lain baharu akan masuk. Ini kerana kami telah memiliki ramai pemain tetapi kami perlu kualiti tambahan yang istimewa dari Alcantara.

"Saya cukup mengenali Alcantara dan saya tidak fikir menambah seorang pemain tengah akan memberikan masalah kepada kami.

"Saya telah berbincang dengan Bayern mengenai pencaturan saya selain sebab mengapa saya mahu mendapatkan Alcantara.

"Saya telah memberikan pandangan saya tetapi saya tetap mematuhi pihak atasan Bayern. Sekiranya mereka enggan, ia tidak mengapa," ujar Guardiola. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Ahad, 7 Julai 2013

Alcantara semakin hampiri Old Trafford

LONDON - Bintang muda Sepanyol, Thiago Alcantara hanya selangkah lagi untuk tiba di Manchester United. 

Menurut sumber rapat kepada pemain tengah bawah 21 tahun Sepanyol itu, perjanjian lima tahun bernilai 17.5 juta pound (RM83.14 juta) sudah memasuki peringkat 'akhir' dan hanya memerlukan sedikit perincian sebelum ditandatangani. 

Beberapa hari lalu, Alcantara dijadikan model jersi baharu Barcelona, perkembangan yang mencetus spekulasi bahawa perjanjian ke Old Trafford mungkin tidak akan menjadi kenyataan.

Namun, semalam, ketua pasukan bawah 21 tahun Sepanyol itu memberitahu rakan rapatnya bahawa cabarannya di La Liga sudah berakhir. 

Malah, bapa Alcantara, Mazinho, bekas pemenang Piala Dunia bersama Brazil pada 1994 mahu menjual restorannya, Campechano yang terletak di Barcelona kerana bersedia untuk berpindah ke England. 

Pengurus baharu United, David Moyes bagaimanapun masih keberatan untuk mengakui bahawa pemain berusia 22 tahun itu dalam perjalanan ke Old Trafford.

Begitupun perpindahan tersebut menjadi semakin jelas minggu lalu apabila Alcantara memilih untuk meninggalkan Nou Camp kerana kecewa peluangnya untuk menyarung jersi Sepanyol pada Piala Dunia tahun depan amat tipis selagi dia berada di Barcelona.

Walaupun menjadi nadi Sepanyol ketika merangkul Piala Dunia Bawah 21 tahun bulan lalu, namun Alcantara jarang diberi peluang berada dalam kesebelasan juara Liga Sepanyol itu kerana perlu menyaingi beberapa bintang besar pasukan seperti Cesc Fabregas, Andres Iniesta dan Xavi. 

Selain United, juara Eropah, Bayern Munich yang kini dikendalikan oleh bekas pengurus Barcelona, Pep Guardiola turut menyuarakan minat terhadap bekas anak didiknya itu.

"Thiago sangat teruja tentang peluang bermain dalam Liga Perdana Inggeris. Dia adalah peminat liga berkenaan," kata sumber rapat pemain tersebut. - AGENS

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20130708/sl_03/Alcantara-semakin-hampiri-Old-Trafford#ixzz2YQXGq7Om
© Utusan Melayu (M) Bhd

Jumaat, 5 Julai 2013

Manchester tangah pancing dia

Thiago Alcantara

Nama Lengkap : Thiago Alcantara do Nascimento
Tempat Lahir : San Pietro Vernotico, Italy
Tanggal Lahir : 11 April 1991
Kebangsaan : Spanyol
Posisi : Tengah
Bermain di Kelab : Barcelona

Khamis, 20 Jun 2013

United mahu Thiago jika gagal sambar Fabregas

LONDON - Manchester United bakal mengalihkan tumpuannya untuk mendapatkan pemain tengah harapan Barcelona, Thiago Alcantara seandainya mereka gagal meyakinkan Cesc Fabreags untuk kembali ke kancah Liga Perdana Inggeris. 

Pengurus baharu United, David Moyes yang mahu menambah kreativiti di bahagian tengah sudah pun memulakan usaha untuk memperkuatkan skuad. 

Bekas kapten Arsenal, Fabregas berada dalam senarai teratas juara Liga Perdana itu, namun terdapat banyak halangan untuk membolehkan perjanjian dicapai. 

Minggu ini, Fabregas memberitahu Movistar: "Orang ramai terlalu banyak bercakap tetapi kebenarannya, tiada siapapun yang bercakap dengan saya.

"Saya mahu memburu kejuaraan di Barcelona, ia adalah kelab saya dan sejak kecil saya mengimpikan untuk bermain di sini. Jadi, saya akan cuba kekal di sini selama yang mungkin dan bermain dengan sebaiknya."

Thiago, 21, pula semakin mencuri tumpuan selepas mempamer aksi hebat, termasuk meledak hatrik dalam perlawanan akhir ketika menjulang Sepanyol muncul juara Kejohanan Eropah Bawah 21 tahun. 

Begitupun, Moyes sudah lama mengagumi bintang muda Barcelona itu, iaitu sejak dia berusia belasan tahun, namun ketika dia menjadi pengendali di Everton, kelab tersebut tidak mempunyai kewangan yang kukuh untuk mendapatkan pemain berbakat besar itu. 

Thiago, anak kepada anggota skuad Brazil yang menjulang Piala Dunia 1994, Mazinho tidak begitu gembira sejak tiba di Nou Camp pada 2011 kerana jarang diturunkan. 

Dia mungkin sedia dibebaskan dengan bayaran 15 juta pound (RM74.19 juta).

Ketika menandatangani kontrak dua tahun lalu, terdapat klausa mengatakan pemain tengah itu mesti beraksi sekurang-kurangnya 30 minit dalam 60 peratus perlawanan. 

Dia bagaimanapun beraksi kurang dari yang dijanjikan dengan hanya bermain 15 minit daripada 36 penampilan. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my