Memaparkan catatan dengan label Isco. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isco. Papar semua catatan

Ahad, 1 September 2013

Dua gol Isco julang Real


MADRID - Real Madrid mengekalkan rekod kebal tanpa kalah musim ini apabila mengecewakan Athletic Bilbao dengan kemenangan bergaya 3-1 dalam aksi Liga Sepanyol di Stadium Santiago Bernabeu semalam.

Skuad kendalian Carlo Ancelottti membuka tirai jaringan menerusi ledakan Isco seawal minit ke-25 sebelum menggandakan kelebihan menerusi jaringan Cristiano Ronaldo pada masa kecederaan babak pertama.

Isco sekali lagi bertindak cemerlang apabila menjaringkan gol ketiga buat The Galacticos apabila tenang menyempurnakan hantaran Karim Benzema pada minit ke-72.

Pasukan pelawat akhirnya memperoleh jaringan saguhati menerusi jaringan Ibai Gomez kira-kira 10 minit sebelum perlawanan tamat.

Dengan keputusan itu, Real kini berkongsi sembilan mata dengan peneraju liga, Villarreal namun dipisahkan menerusi perbezaan jaringan.

Terdahulu, Villarreal menambah derita Osasuna selepas melakar kemenangan selesa 3-0 dalam satu lagi aksi liga di Stadium El Sadar awal pagi semalam.

Gol jaringan Jeremy Perbet pada minit ke-22, Javier Aquino (28) dan Ikechukwu Uche (75) sudah cukup untuk menjamin kemenangan bergaya pelawat.

Dengan kemenangan itu, Villarreal yang mengutip sembilan mata maksimum kini menerajui Liga Sepanyol sementara Osasuna kekal di tangga tercorot liga selepas tumpas dalam ketiga-tiga perlawanan setakat ini.

"Kami berjaya mempamerkan aksi yang menakjubkan.
"Kreativiti pemain wajar dipuji apabila berjaya membawa pulang tiga mata berharga sekali gus menerajui liga," kata pengendali Villarreal, Marcelino Garcia

Sementara itu, gol tunggal jaringan pemain pertahanan, Marc Valiente pada minit ke-47 sudah cukup untuk membantu Real Valladolid mengatasi Getafe 1-0.

Celta de Vigo pula sekadar seri 1-1 dengan Granada setelah jaringan awal Rafinha pada minit ke-29 berjaya dipadam penyerang Granada, Piti yang meledak gol penyamaan pada minit ke-62. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Jumaat, 5 Julai 2013

Star Baru Real Madrid

Isco

Nama Lengkap : Francisco Roman Alarcon Suarez
Tempat Lahir : Benalmadena, Spanyol
Tanggal Lahir : 21 April 1992
Kebangsaan : Sepanyol
Posisi : Tengah menyerang
Bermain di Kelab : Malaga

Real Madrid perkenal Isco

Francisco Isco Alarcon 
 
MADRID - Francisco Isco Alarcon menggembirakan penyokong Real Madrid apabila mempamerkan kemahirannya menimang bola ketika majlis memperkenalkan pemain itu di Santiago Bernabeu, semalam.

Madrid yakin Isco bakal menjadi antara pemain hebat kelab.

"Isco memiliki kebolehan yang akan membuatkan kelab berpuas hati. Kami yakin kepadanya dan bakatnya," kata Presiden kelab, Florentino Perez mengenai pemain tengah berusia 21 tahun itu.

Perpindahan Isco dari Malaga dilengkapkan minggu lalu dan kontrak lima tahun dimeterai selepas pemeriksaan kesihatan.

Perez memuji Isco sebagai antara pemain paling kreatif dalam skuad remaja Sepanyol.
Dia berkata, Isco menerima pujian kerana aksinya bersama skuad bawah 21 tahun Sepanyol.

Isco juga mempunyai satu cap bersama skuad senior ketika beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Uruguay pada Februari lalu di Qatar. 

"Ini kediaman anda, selamat datang ke Real Madrid," kata Perez ketika menyerahkan jersi No. 23 kepada Isco.

Isco membantu Malaga ke suku akhir Liga Juara-Juara musim lalu dan membantu Sepanyol dalam kejohanan Bawah 21 tahun Eropah, baru-baru ini. - AP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Ahad, 23 Jun 2013

Isco selangkah ke Real


MADRID - Real Madrid dilaporkan telah mencapai persetujuan dengan Malaga berhubung perpindahan perancang Sepanyol yang berusia 21 tahun, Isco.

Kelab gergasi Sepanyol itu dijangka mengemukakan harga £25.6 juta (RM126.5 juta) ke atas pemain tersebut yang menjadi buruan beberapa kelab gergasi Eropah berikutan prestasi cemerlangnya musim ini.

"Real Madrid dan Malaga secara dasarnya telah mencapai persetujuan ke atas perpindahan pemain itu semalam (kelmarin)," kata kenyataan daripada Real.

"Dengan beberapa lagi maklumat terperinci mengenai kontrak pemain itu bakal diselesaikan, dia akan menyertai Real untuk tempoh lima musim akan datang.

"Perjanjian ini akan diumumkan secara rasmi minggu depan dengan kehadiran pemain itu dalam satu majlis pengenalan awal Julai depan."

Isco merupakan pemain bintang sensasi Malaga dengan meledakkan tiga gol ketika membantu kelab tersebut mara ke suku akhir Liga Juara-Juara dalam penampilan pertama mereka.

Pemain itu juga turut mencipta hatrik dalam aksi final yang menyaksikan Sepanyol mempertahankan gelaran Kejohanan Bawah 21 Eropah di Israel awal bulan ini.

Bekas pemain Valencia itu juga mengakui minggu lepas bahawa dia telah menerima tawaran daripada Real dan Manchester City yang mana berkemungkinan menyertai bekas jurulatihnya di Malaga, Manuel Pellegrini.

Begitupun, destinasi pilihan pemain tersebut adalah Real dan persetujuan daripada Zinedine Zidane telah menyakinkan presiden kelab tersebut, Florentino Perez untuk menjadikan perancang itu sebagai pemain pertama dibeli pada musim panas ini. - AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Khamis, 20 Jun 2013

Tevez dalam perjalanan ke Milan

LONDON - Bintang penyerang Manchester City, Carlos Tevez dikatakan dalam perjalanan ke Itali dan bakal mengikat perjanjian bernilai 10 juta pound (RM49.46 juta) dengan AC Milan. 

Menurut laporan media Itali, Tevez, yang akan tamat kontrak musim panas tahun depan ditawarkan kontrak tiga tahun bernilai 15 juta pound (RM74.20 juta). 

Bintang antarabangsa Argentina berusia 29 tahun itu sebelum ini menyuarakan hasrat untuk menamatkan kontrak sedia ada dan meninggalkan City secara percuma musim depan, namun hasrat tersebut nyata tidak menguntungkan kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Pengurus baharu City, Manuel Pellegrini bercadang untuk bercakap dengan semua pemainnya yang berbaki setahun kontrak supaya pergi pada musim panas ini. 

Walaupun kontrak tiga tahun Pellegrini secara rasminya akan bermula Isnin depan, namun dia tidak dijangka akan muncul pada sesi latihan kelab sehinggalah minggu pertama Julai. 

Pengendali kelahiran Chile itu dikatakan mahu melepaskan Tevez untuk membawa masuk perancang utama Sepanyol, Isco dari Malaga dengan bayaran 30 juta pound (RM148.4 juta). 

City telah pun menghantar wakil untuk berunding dengan Malaga, namun Pengarah Sukan Real Madrid, Zinedine Zidane pula mengadakan pertemuan dengan bapa Isco yang juga ejen pemain berusia 21 tahun itu. 

Selain Milan, juara Liga Itali, Juventus juga turut berminat untuk mendapatkan Tevez.

Juventus juga telah mengadakan rundingan rasmi untuk mendapatkan Tevez dengan bayaran 9 juta pound (RM44.51 juta). - Agensi

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Sabtu, 25 Mei 2013

Real, City 'berentap' buru khidmat Isco



ISCO (kanan) bakal mengikut jejak jurulatih Malaga, Pellegrini sekiranya perpindahannya ke City menjadi kenyataan. Bagaimanapun Real Madrid bersedia menjadi batu penghalang.


LONDON - Real Madrid bersedia untuk bersaing dengan Manchester City dalam usaha mendapatkan khidmat bintang Malaga, Isco yang dianggarkan bernilai £30 juta (RM137 juta).

The Citizens mahu perancang kelab Sepanyol itu mengikuti jejak langkah jurulatih, Manuel Pellegrini yang bakal dilantik sebagai pengurus baharu City pada musim panas ini.

Begitupun, hasrat kelab gergasi England itu sedikit terjejas apabila Real telah menyatakan minatnya terhadap Isco.

Pengarah Malaga, Francisco Aguilar berkata: "Real berminat untuk menandatangani Isco tetapi belum ada persetujuan secara rasmi buat masa ini.

"Ia merupakan satu penghargaan kepada Malaga yang mana pemain kelab kami muncul sebagai salah seorang pemain yang menjadi rebutan kelab ternama dunia.

"Sekiranya Isco meninggalkan Malaga dengan menyertai kelab lebih besar, ia akan memberikan kelebihan kepada kelab ini."

Kontrak semasa Isco bakal berakhir pada 2016 dan dia memiliki klausa pelepasan kontrak yang bernilai £30 juta (RM137 juta).

Tambah Aguilar: "Kepada mana-mana pasukan berhajat untuk mendapatkan Isco, mereka harus membayar kos pelepasan klausa tersebut." - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my