Memaparkan catatan dengan label Nash. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nash. Papar semua catatan

Selasa, 9 Julai 2013

Nash pilih gadis


PENYANYI kumpulan Lefthanded, Nash atau Jamaludin Elias baru-baru ini mendedahkan dia sebenarnya sedang mengenali seseorang. 

Amboi abang Nash kita, boleh tahan juga larisnya. Sebenarnya Aida perhatikan, selepas bercerai dengan isteri keduanya, yang juga pengasas kosmetik Allahyarham Sosilawati pada 2009, kehidupan cinta Nash lebih senyap. Dia banyak mendiamkan diri. 

Bagaimanapun, baru-baru ini Nash memberitahu dia sebenarnya sudah mengenali gadis ini selama setahun. Walaupun kedua mereka masih belum melafazkan kata cinta namun dia dapat rasakan hubungan ini berada di landasan yang betul.

"Antara sebab saya tertarik dengan dirinya adalah melalui nilai kemelayuan yang dibawa dirinya.
"Selain itu, dia mempunyai keunikan tersendiri untuk menulis diari hidupnya di dalam tulisan jawi, yang pada saya jarang untuk lihat itu di kalangan wanita kini," katanya.

Nah, itu dia. Jawapan yang ditunggu-tunggu dari bibir seorang lelaki sematang Abang Nash. Ciri-ciri Melayu tu penting, jangan tak tahu. Memang Pada Syurga Di Wajahmu sangat katanya. Melihat perkembangan itu kini kami di meja Hits doakan agar Nash cepat-cepat menamatkan zaman dudanya sekali lagi. Semoga kali perkahwinannya juga akan kekal sehingga ke akhir hayat.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Isnin, 3 Jun 2013

Legenda rock gegarkan Putrajaya



RAMLI SARIP


SUASANA gamat melanda Putrajaya pada malam Sabtu lalu apabila lebih daripada 10 artis legenda rock tanah air bergabung di dalam satu konsert berprestij iaitu Clash of the Legends.

Konsert yang menghimpunkan lebih daripada 2,000 penonton itu menyaksikan bagaimana otai rock memberikan persembahan mantap mereka khususnya buat golongan belia yang hadir pada Karnival Belia 2013 tersebut.

Gabungan besar-besaran berkenaan amat memberi impak kepada peminat muzik rock memandangkan ada dalam kalangan artis sudah lama tidak tampil membuat persembahan.

Lebih istimewa apabila konsert itu diadakan secara terbuka dan tidak memerlukan bayaran, sekali gus membuatkan ramai penonton tidak mahu melepaskan peluang keemasan tersebut untuk bersama-sama berhibur dengan artis kegemaran mereka.

Antara barisan artis yang memberikan persembahan hebat mereka pada malam itu ialah Awie, Amy Search, Mus (May), Nash, Hattan, Man Kidal, Shah (Ekamatra), Ramli Sarip, Datuk M. Nasir, Yantzen (Rusty Blade) dan kumpulan Bumiputra Rockers (BPR).

Pembukaan konsert yang diacarakan oleh penyampai radio Sinar FM, Linda Onn itu dimulakan dengan persembahan daripada Joey BPR dengan membawakan lagu-lagu hitnya iaitu Dajal, Aku Hanya Serangga dan Dari Sinar Mata.

Walaupun suasana agak sesak tetapi ia tidak mematahkan semangat penonton untuk berdiri lebih dua jam sambil menyanyikan lagu-lagu dendangan kumpulan rock yang sudah lebih 20 tahun bertapak di dalam dunia seni.

Suasana bertambah gamat apabila Yantzen muncul dengan membawakan lagu Ikrar Perwira, Tiada Lagi Aku dan Meniti Suratan.
Menurut Yantzen, bukan mudah mahu menghimpunkan artis rock seramai itu, terutamanya di dalam satu-satu majlis kerana selain daripada mempunyai komitmen lain, banyak lagi kekangan yang perlu dihadapi untuk berkumpul.

"Saya berasa gembira apabila dapat berhimpun bersama rakan lain untuk sama-sama meraikan Hari Belia yang disambut meriah pada setiap tahun ini. Jika kita lihat, pada masa kini, pemuda sibuk dengan muzik K-Pop, lagu-lagu hip-hop dan sebagainya tetapi hari ini Clash of the Legends telah membuka mata kami yang pendengar sebenarnya masih mahukan muzik rock.

NASH


"Apabila kita berkumpul secara beramai-ramai, kita bukan saja dapat tahu penerimaan belia terhadap muzik seperti ini tetapi kita juga dapat mengeratkan lagi hubungan di antara penyanyi dan peminat.

"Kami sebagai pemuzik juga ingin tahu bagaimana selera anak muda pada masa kini. Daripada apa yang saya lihat, muzik rock tidak pernah berkubur walaupun sudah lama muncul dalam dunia seni tanah air," jelasnya ketika ditemui pada konsert Clash of the Legends yang diadakan di pentas utama karnival berhampiran dengan Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya.

Walaupun jam ketika itu sudah menunjukkan hampir 12 tengah malam tetapi pengunjung masih tetap tidak berganjak daripada menyaksikan konsert berkenaan.

Kemunculan Mus (May) menyerikan lagi malam berkenaan apabila beliau mendendangkan lagu Sinar, Dari Kacamata dan Cintamu Mekar Di Hati Ini.

Kelihatan penonton teruja apabila turut bersama-sama menyanyikan lagu sambil melayan dengan melakuan tarian trademark iaitu head- banging.

Imbau zaman kegemilangan
Himpunan penyanyi rock secara besar-besaran itu turut mengimbau kembali zaman kegemilangan mereka semasa mula-mula bertapak di pentas hiburan.

Yantzen menambah, himpunan di antara otai-otai yang lebih dulu makan garam itu dapat membuatkan mereka berjumpa untuk saling bertukar-tukar pengalaman, pendapat dan idea.

"Seronok rasanya apabila konsert ini dapat mengimbau kembali zaman di mana pada masa itu ramai peminat memakai seluar ketat, baju rock dan rambut panjang. Terasa seperti zaman muda-muda pula.
"Diharapkan akan ada lagi konsert seperti ini pada masa akan datang," ujarnya.

Konsert tersebut berakhir sekitar pukul 12.30 malam dengan menyaksikan persembahan bunga api sebagai penutup tirai.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/