Memaparkan catatan dengan label Brendan Rodgers. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Brendan Rodgers. Papar semua catatan

Isnin, 30 September 2013

Suarez, Sturridge mampu gegar England


SUAREZ (kanan) dan Sturridge menampilkan aksi yang mantap ketika digandingkan bersama buat pertama kalinya di Stadium of Light kelmarin.


SUNDERLAND - Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers menegaskan bahawa skuad The Reds kini memiliki 'penyerang kembar' terbaik iaitu Luis Suarez dan Daniel Sturridge.

Rodgers, 40, menyuarakan keyakinan itu selepas pasangan tersebut digabungkan buat pertama kalinya musim ini ketika menewaskan 3-1 Sunderland pada aksi Liga Perdana England di Stadium of Light kelmarin.

Suarez meledakkan dua gol selepas kembali daripada penggantungan 10 perlawanan, manakala Sturridge yang menghasilkan gol pembukaan turut menjadi watak penting yang membantu penyerang Uruguay itu.

Kemenangan itu kembali meletakkan skuad The Reds di tangga kedua liga dan hanya ketinggalan dua mata di belakang pendahulu, Arsenal.

"Saya tidak pasti sama ada mereka merupakan gandingan terbaik ketika ini dalam saingan Liga Perdana.

"Sudah tentu Manchester United memiliki Robin van Persie dan Wayne Rooney tetapi saya optimis Suarez dan Sturridge adalah gandingan yang terbaik di England.

"Kedua-dua pemain ini akan menjadi lebih baik jika digandingkan lebih kerap. Mereka sangat bekerja keras semasa sesi latihan dan itu yang membezakan mereka dengan pemain-pemain lain.

"Salah seorang daripada mereka memiliki naluri penjaring gol sebenar, bertenaga dan boleh menggunakan kedua-dua belah kaki, manakala seorang lagi mampu menembusi benteng pertahanan lawan.

"Suarez juga sangat berani untuk mencuba dan dia memiliki mental yang sangat kuat walaupun dibelenggu pelbagai dugaan serta masalah sebelum ini," kata Rodgers.

Pengurus kelahiran Ireland Utara berkata, perkembangan terkini kedua-dua pemain itu sangat menggembirakan dirinya dan para peminat kelab itu.

"Kualiti yang ada dalam diri mereka mampu memberikan banyak manfaat kepada skuad The Reds," katanya.

Dalam pada itu, Sturridge telah menjaringkan 11 gol sepanjang 11 penampilan dengan Liverpool musim ini, manakala Suarez pula telah menjaringkan tujuh gol dalam enam pertemuan menentang Sunderland. - AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Ahad, 15 September 2013

The Reds perlukan pemain berkualiti


LONDON – Brendan Rodgers mengakui dia perlu menambah beberapa lagi pemain berkualiti dalam skuadnya jika mahu Liverpool menjadi pencabar utama dalam kelompok empat pasukan teratas Liga Perdana England.

Meskipun telah membawa masuk Mamadou Sakho, Tiago Ilori dan Victor Moses bagi menyertai barisan pemain baharu, Kolo Toure, Iago Aspas, Luis Alberto, Simon Mignolet dan Aly Cissokho, pengurus The Reds itu percaya kehadiran beberapa lagi pemain berkualiti mampu memperkuatkan lagi cabaran mereka musim ini.

Malah, Rodgers turut membandingkan kekuatan pasukannya musim ini dengan pasukan berbelanja besar, Tottenham Hotspur.

“Kami masih perlu melakukan pembaharuan. Spurs telah berbelanja £100 juta (RM522.3 juta) untuk menjadi pencabar kelompok empat pasukan teratas.

“Mungkin kami memerlukan beberapa lagi pemain berkualiti pada musim perpindahan selepas ini,” jelas Rodgers.

Dengan sumbangan pemain-pemain baharu ini, Liverpool telah memulakan saingan musim ini dengan cemerlang apabila menghuni kedudukan teratas liga dengan rekod kemenangan bersih tiga kemenangan serta belum dibolosi sebarang gol.

Rodgers juga menerima anugerah Pengurus Terbaik bulan Ogos, namun menegaskan persembahan cemerlang kelabnya ketika ini adalah hasil kerjasama semua pemain dalam pasukannya.

“Saya sangat berbangga dengan anugerah ini, tetapi ia bukan hasil usaha saya seorang sahaja. Ia adalah usaha dan sumbangan seluruh pemain pasukan ini.

“Amat penting bagi kami mengekalkan prestasi ini dan tidak mudah puas hati dengan pencapaian ini.
“Kami mampu menjadi lebih bagus lagi. Kami telah buktikan kualiti yang kami mampu miliki dengan kesungguhan, usaha keras dan juga keinginan dalam diri.

“Kami hanya perlu terus mencatat kemenangan dan mengekalkannya setakat yang mampu,” ujar Rodgers lagi. – Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Jumaat, 6 September 2013

Gerrard impi ganti tempat Rodgers



GERRARD sudah mula memikirkan tentang persaraan dan masa depannya selepas tidak bergelar pemain lagi.


LONDON - Steven Gerrard telah meluahkan hasrat dan minatnya untuk menjadi pengurus Liverpool satu hari nanti selepas era Brendan Rodgers berakhir.

Kapten The Reds itu berkata demikian selepas mengakui dia terpaksa mempertimbangkan masa depannya selepas menyaksikan bekas rakan sepasukan, Jamie Carragher telah bersara pada akhir musim lalu.

Ketika menyaksikan Carragher yang kini bertugas sebagai hos bola sepak kepada rancangan sukan, Sky Sports, Gerrard menganggap dia lebih sesuai untuk meneruskan perjuangan bola sepak dengan menjadi pengendali di Anfield.

Pemain berusia 33 tahun itu memberitahu: "Impian saya akan menjadi kenyataan sekiranya diberikan peluang untuk mengemudi Liverpool pada suatu hari nanti.

"Kami telah memiliki pengurus bertaraf dunia tetapi mungkin jawatan itu akan dikosongkan. Kita tunggu dan lihat pada suatu hari nanti.

"Apabila kamu sudah tiba di kemuncak pada usia kamu, sudah tentu kamu harus berfikir secara serius mengenai kehidupan selepasnya.

"Saya hanya menandatangani kontrak lanjutan selama setahun. Saya perlu mula merancang masa depan.

"Apa rancangan itu adalah saya kini sedang mengambil kursus dan lesen kejurulatihan yang mana ia akan berakhir pada tahun depan.

"Sudah tentu saya sendiri melihat personaliti saya lebih sesuai jika menjadi pengurus berbanding jurulatih. Saya pernah bercakap perkara ini dengan Carragher tetapi beliau lebih berminat untuk terlibat dengan bidang media.

"Agak 'pelik' apabila menyaksikan beliau hoskan rancangan sukan tetapi saya sangat berbesar hati sekiranya Carragher menjadi pembantu saya sekiranya saya dilantik sebagai pengurus Liverpool pada masa akan datang." - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Selasa, 3 September 2013

Rodgers tetap puas hati


SAKHO (kiri) dan Ilori (kanan) melengkapkan perpindahan ke Liverpool semalam.


LONDON - Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers mengakui, gembira dengan pembelian pemain baharu yang dilakukan kelab itu meskipun gagal mendapatkan khidmat Shay Given pada saat-saat akhir semalam.

Rodgers berjaya melengkapkan pembelian dua pemain pertahanan, Tiago Ilori dan Mamadou Sakho serta seorang pemain sayap, Victor Moses.

Ilori dibeli dengan harga £7 juta (RM35.7 juta) dari Sporting Lisbon, Sakho dari Paris Saint-Germain dengan £12 juta (RM61.3 juta) dan Moses secara pinjaman daripada Chelsea.

Meskipun pembelian penjaga gol berusia 37 tahun Aston Villa, Given gagal dicapai, Rodgers masih gembira kerana memiliki Brad Jones sebagai penjaga gol simpanan kepada Simon Mignolet.

Pengurus skuad The Reds itu berjaya membawa lapan pemain senior iaitu Ilori, Sakho, Moses, pertahanan tengah, Kolo Toure, pertahanan kiri, Aly Cissokho, perancang, Luis Alberto dan penyerang, Iago Aspas.

Beliau juga berjaya menghalang penjaring terbanyak musim lepas, Luis Suarez daripada meninggalkan Anfield selepas pemain itu mendedahkan niatnya mahu berhijrah.

"Saya sangat berpuas hati. Musim perpindahan kali ini sangat produktif buat kami.

"Kami berhadapan lebih banyak persaingan dan sebagai pengurus, sudah pasti saya mahukan lebih banyak perebutan, namun kami sudah boleh bergembira dengan pembelian yang kami lakukan ini.

"Kami membawa masuk beberapa pemain baharu ke dalam skuad ini. Apa yang kami mahu pastikan selepas ini ialah sikap dahagakan kemenangan dalam diri pemain-pemain.

"Kami menjalankan urusan yang baik sepanjang musim panas ini dan kami akan mengekalkannya sehingga Januari depan. Selepas itu, kami lihat apa yang berlaku.

"Saya memberi jaminan bahawa kami akan tampil lebih kuat sekali lagi tahun ini dan mengharungi separuh kedua musim ini seperti yang ditunjukkan musim lalu," kata Rodgers. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Isnin, 6 Mei 2013

Serangan tumpul punca merudum - Rodgers



STURRIDGE (tengah) gagal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Suarez dalam menghasilkan gol ketika bertemu jiran Merseyside, Everton kelmarin.


LIVERPOOL - Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers merasakan mereka memerlukan seorang atau dua lagi pemain di bahagian serangan pada musim depan selepas menyaksikan jentera serangannya gagal merobek benteng pertahanan Everton dalam aksi liga, kelmarin.

Dalam pertembungan antara dua seteru Merseyside itu di Anfield, pemain Liverpool, Daniel Sturridge, Steven Gerrard serta Daniel Agger masing-masing terlepas peluang terbaik menjaringkan gol.
Kini, Liverpool ketinggalan lima mata kepada Everton yang berada di tangga keenam Liga Perdana ketika berbaki dua perlawanan lagi untuk ditamatkan.

"Kami sangat memerlukan seorang atau dua lagi untuk membantu dalam perlawanan genting seperti ini. Kami terlalu banyak seri pada musim ini (13 perlawanan) dan kami perlu mencari penyelesaian segera.

"Itu bukan prestasi terbaik kami (menentang Everton) tetapi kami perlu bangkit untuk lebih kompetitif. Namun, kami juga banyak mencatat rekod bersih, tidak bolos sebanyak 15 kali pada musim ini," jelas Rodgers.

Menurut Rodgers, mereka tidak bermasalah di benteng pertahanan berbanding serangan. Jentera serangan mereka juga ada peningkatan pada musim ini .

Dalam pada itu, Everton hampir pasti menamatkan saingan di atas Liverpool untuk musim kedua berturut-turut dan itu juga bermakna tempat dalam saingan Liga Europa juga berada dalam genggaman mereka manakala Tottenham Hotspur semakin selesa di tangga kelima.

"Satu perkara paling utama kini bagi kami adalah tempat ke saingan Eropah dan pasukan kami juga sudah semakin matang.

"Saya juga tidak mahu terlalu yakin untuk tamat di atas Liverpool selagi liga belum berakhir. Bagi saya, layak ke Liga Europa adalah paling utama dan objektif saya tidak berubah," kata pengurus Everton, David Moyes. - AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Ahad, 31 Mac 2013

Rodgers tidak hirau spekulasi

SUAREZ (kiri) dilaporkan bakal meninggalkan Liverpool pada akhir musim ini.


LONDON - Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers menegaskan bahawa beliau tidak berasa panik apabila mendengar spekulasi mengenai perpindahan penyerang sensasi Uruguay, Luis Suarez pada akhir musim ini.
Rodgers menyuarakan keyakinan itu menjelang aksi Liga Perdana England menentang Aston Villa di Villa Park malam ini.

Suarez, 26, dilaporkan diintai beberapa kelab gergasi Eropah seperti Paris Saint Germain, Juventus dan Manchester City selepas Liverpool hampir pasti tidak beraksi pada kempen Liga Juara-Juara musim depan.
Malah, Suarez turut mendedahkan keinginan untuk beraksi bersama pasukan yang bermain pada pertandingan paling berprestij di Eropah itu ketika mengetuai pasukan kebangsaan pada kempen kelayakan Piala Dunia 2014 minggu lalu.

Liverpool sudah pasti tidak mahu kehilangan Suarez yang telah menjaringkan 29 gol dalam semua pertandingan musim ini.

Bagaimanapun, Rodgers berharap peminat-peminat skuad The Reds tidak bimbang akan kehilangan 'permata' paling berharga pasukan itu.

"Saya belum bercakap dengan Suarez. Dia tidak menyertai sesi latihan pasukan semalam (kelmarin) dan kami telah menghantar pasukan perubatan untuk memantau perkembangannya.

"Saya juga sedar para peminat tidak mahu kehilangan seorang pemain paling berharga dalam pasukan dan pada pendapat saya, dia (Suarez) gembira berada di sini," kata Rodgers.

Dalam pada itu Rodgers berkata, beliau sentiasa menasihati para pemainnya agar bijak dalam mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media.

"Apabila anda bersama Liverpool, anda hanya perlu bercakap mengenai Liver- pool dan begitu juga ketika bersama skuad kebangsaan.

"Jadi, apa yang dikatakan ketika dia bersama Uruguay adalah tidak wajar dan tidak baik untuk Liverpool," kata Rod- gers. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Isnin, 18 Mac 2013

Rodgers kritik pertahanan



MARTIN Skrytel (kiri) antara pemain pertahanan yang gagal beraksi baik ketika menentang Southampton kelmarin.


SOUTHAMPTON - Pengendali Liverpool, Brendan Rodgers mengakui kesilapan benteng pertahanan punca pasukannya tumpas 1-3 kepada Southampton dalam aksi Liga Perdana England di Anfield kelmarin.
Kejayaan segar menewaskan Tottenham Hotspur 3-2 minggu lalu gagal diteruskan The Reds yang gagal menyaingi kehebatan Southampton dalam perlawanan itu.

"Segala-galanya dilihat serba tidak menjadi. Ketinggalan terutamanya apabila melepaskan gol mudah sememangnya sukar buat mana-mana pasukan.

"Biar pun mencipta banyak peluang, kami gagal menjaringkan gol. Keadaan menjadi lebih teruk apabila benteng pertahanan kami begitu mudah dibolosi," kata Rodgers.

Dalam perlawanan itu, Southampton mendahului 2-0 menerusi jaringan Morgan Schneiderlin dan Rickie Lambert sebelum Philippe Coutinho merapatkan jurang kedudukan pada penghujung babak pertama.
Jay Rodriguez bagaimanapun melengkapkan derita tuan rumah menerusi gol ketiga, sekali gus memastikan kemenangan kedua Mauricio Pochettino selaku pengurus Southampton sejak mengambil alih tugas Nigel Adkins Januari lalu.

Selain kemenangan kelmarin, Pochettino juga berjaya membantu Southampton memalukan satu lagi pasukan elit, Manchester City dengan kemenangan 3-1 sebelum ini.

"Kami berjaya menyukarkan Liverpool, itu yang penting. Tiga mata ini cukup berbaloi buat kami sekali gus keluar daripada zon penyingkiran," kata Pochettino.

Dengan keputusan itu, The Reds kekal di tangga ketujuh liga, kurang tujuh mata di belakang Chelsea di tangga keempat liga yang begitu pun kurang beraksi dua perlawanan. - Reuters

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Isnin, 11 Mac 2013

Liverpool bangkit


STEVEN Gerrard (kanan) meraikan jaringan gol menentang Tottenham Hotspur di Anfield, semalam. Liverpool menang 3-2. - REUTERS
 
LIVERPOOL - Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers enggan memikirkan peluang pasukannya melayakkan diri ke aksi Eropah, meskipun Reds naik anak tangga keenam selepas melakar kemenangan ke atas Tottenham 3-2.

Mendapat inspirasi daripada Luis Suarez, skuad bimbingan Rodgers berada pada prestasi terbaik apabila meledakkan 12 gol selepas menundukkan Swansea, Zenit St Petersburg dan Wigan. Liverpool menyumbat tiga gol lagi untuk menewaskan Tottenham di Anfield, kelmarin.

Kemenangan ke atas pasukan tangga ketiga yang belum lagi tewas dalam 12 perlawanan itu, bermakna anak-anak buah Rodgers bakal berdepan Southampton, Sabtu ini dengan kedudukan mereka berada di atas Everton setelah dipisahkan menerusi perbezaan gol dan semakin menghampiri pasukan di tangga kelima, Arsenal yang turut menawarkan aksi Liga Europa, musim depan.

Namun, Rodgers yang pasukannya tujuh mata ketinggalan di belakang pasukan tangga keempat, Chelsea berkata: “Saya tidak memikirkan aksi Eropah. Kami tahu di mana kami mahu berada dan kami mahu menjadi pencabar dalam perebutan tempat keempat.

“Kami masih mempunyai tugas hingga hujung musim, kini tiba masanya untuk melakar kemenangan dan memberi fokus kepada matlamat tersebut. Jadi, kami akan beri tumpuan kepada perlawanan Sabtu ini. Kami akan terus mengumpul mata dan lihat di mana kami mampu berada.

“Kami boleh bermain lebih baik berbanding apa yang kami pamerkan ketika menentang Tottenham, tetapi kami menunjukkan karakter dan semangat yang tidak mudah luntur menewaskan pasukan yang berada di kedudukan empat teratas. Apa yang paling penting ialah kami berkembang sebagai sebuah pasukan."

Rodgers yakin Pepe Reina akan segera sembuh daripada kecederaan betis dan sempat menyertai pasukan yang bakal bertandang ke Hampshire. 

Penjaga gol Sepanyol itu, yang menjadi kunci utama kepada Liverpool mendaki ke kedudukan yang lebih baik dalam carta liga, gagal dalam ujian kecergasan dan digantikan oleh Brad Jones pada pertemuan dengan Tottenham.

Pengurus itu juga tidak mengendahkan mengenai Suarez yang turut menarik minat Atletico Madrid untuk membuat bidaan terhadap penyerang tersebut pada akhir musim.

Mungkin pada ketika itu, bintang Uruguay berkenaan telah pun dinobatkan sebagai pemain bola sepak terbaik dan pemain terbaik.

Jaringan menakjubkan pemain itu yang berjaya menewaskan penjaga gol Spurs, Hugo Lloris, merupakan gol Suarez yang ke-22 dalam Liga Perdana Inggeris dan yang ke-29 untuk semua pertandingan.

Dikhabarkan pemain itu ada menerima bidaan yang tinggi, tetapi Rodgers berkata: “Dia gembira di sini, itu yang paling penting, dia gembira dengan rakan sepasukannya.

“Dia mampu mencipta suasana kelam kabut pada mana-mana posisi yang anda mahukan dia beraksi dan dia tahu kepercayaan yang saya beri kepadanya. Itu merupakan platform untuknya beraksi cemerlang." - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Isnin, 7 Januari 2013

Suarez cetus kontroversi



SUAREZ (dua dari kanan) mencetuskan kontroversi baharu apabila menjaringkan gol menggunakan tangan ketika Liverpool menewaskan Mansfield Town 2-1 pada aksi pusingan ketiga Piala FA di Stadium One Call awal pagi semalam.


MANSFIELD - Pengendali Liverpool, Brendan Rodgers seolah-olah pasrah dengan kontroversi yang sering menyelubungi penyerangnya, Luis Suarez.

Penyerang kelahiran Uruguay itu mencetuskan kontroversi baharu apabila menjaringkan gol kedua dengan menggunakan tangan ketika skuad The Reds menewaskan Mansfield Town 2-1 pada aksi pusingan ketiga Piala FA di Stadium One Call awal pagi semalam.

Sejak menyarung jersi Liverpool pada Januari 2011, Suarez sering mencetuskan kontroversi dan Rodgers mengakui mengenai perkara itu.

"Sudah nasib Suarez. Saya yakin isu seperti ini tidak akan timbul sekiranya ia membabitkan pemain lain.
"Bagaimanapun, saya yakin konsentrasi Suarez tidak terjejas dengan kontroversi seperti itu," katanya.

Suarez sering didakwa berlakon selepas dengan sengaja merebahkan badan semata-mata untuk mendapatkan sepakan penalti.

Dia juga pernah didenda Persatuan Bola Sepak (FA) England kerana didapati bersalah melemparkan kata-kata berunsur perkauman terhadap pemain pertahanan Manchester United, Patrice Evra.

Pada aksi menentang Mansfield, Suarez yang beraksi sebagai pemain gantian pada babak kedua menyambut hantaran Stewart Downing sebelum bola terkena tangan pada minit ke-59.

Sebelum itu Liverpool sedang mendahului 1-0 hasil jaringan pemain baharu, Daniel Sturridge pada babak pertama manakala gol sagu hati tuan rumah diperoleh menerusi Matt Green pada minit ke-79.

Begitupun, Rodgers tidak mahu semua pihak menyalahkan Suarez kerana jaringan itu disahkan pengadil perlawanan, Andre Marriner.

"Bukan salah Suarez apabila jaringan itu disahkan biarpun terkena tangan. Itu kerja pengadil," kata Rodgers.
Pada masa sama, Rodgers juga berharap bakat yang dimiliki Suarez perlu diambil kira berbanding kontroversi.

"Sudah tiba masanya kita menghargai kehebatan yang dimiliki Suarez.
"Dia merupakan seorang pemain bola sepak yang cukup profesional, itu yang perlu diambil kira," tegasnya. - AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my