Sabtu, 22 Disember 2012

Arsenal baiki kedudukan

ARTETA muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan 1-0 Arsenal ke atas Wigan di Stadium DW malam tadi.

http://kakibola.forumado.net/t1223-arsenal-baiki-kedudukan#1767


LONDON - Arsenal melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana England selepas menewaskan Wigan Athletic 1-0 di Stadium DW malam tadi.
Pada perlawanan tersebut, pemain tengah Sepanyol, Mikel Arteta muncul wira apabila menjaringkan gol tunggal kemenangan skuad The Gunners menerusi sepakan penalti pada minit ke-60.
Pengadil, Jonathan Moss menghadiahkan sepakan penalti kepada Arsenal selepas Jean Beausejour mengasari pemain sayap England, Theo Walcott.
Wigan turut memperoleh peluang untuk menjaringkan gol tetapi percubaan Kone dinafikan penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny sebelum penjaga gol kelahiran Poland itu menghampakan Dave Jones.
Skuad bimbingan Arsene Wenger itu kembali menduduki kelompok empat pasukan teratas selepas mengumpul 30 mata daripada 18 perlawanan.
Bagaimanapun, Chelsea dan Tottenham Hotspur bakal memintas kedudukan Arsenal sekiranya mereka menewaskan lawan masing-masing.
Chelsea menanti kunjungan Aston Villa di Stamford Bridge malam ini manakala Tottenham bertemu Stoke City di White Hart Lane pada perlawanan awal pagi tadi.
Arsenal menerima kritikan yang hebat selepas tersingkir daripada kempen Piala Liga ekoran kekalahan kepada kelab Divisyen Dua, Bradford.
Bagaimanapun, kekalahan itu tidak menjejaskan rentak anak-anak buah Wenger dan mereka tampil dengan aksi yang lebih menarik apabila melakar dua kemenangan berturut-turut, sekali gus menghidupkan kembali peluang untuk beraksi pada kempen Liga Juara-Juara musim depan.
Sementara itu, Wigan kekal berada dalam zon penyingkiran selepas tewas empat kali sepanjang lima perlawanan terakhir liga. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan