KURANG seminggu sahaja lagi, pelakon cantik Fouziah Gous, 30, akan
menamatkan zaman daranya bersama seorang ahli perniagaan bernama Md.
Zhafran Md. Yusof, 30.
Pelakon drama Trilogi Cinta itu memilih tarikh 21 September untuk
melangsungkan pernikahannya manakala pada 29 September, Fouziah akan
disandingkan dalam satu resepsi mewah yang diadakan di Hotel Marriott
Putrajaya dengan mengenakan tema musim bunga.
Pada 5 Oktober pula, majlis resepsi di sebelah pihak Zhafran pula
akan diadakan di kediaman ibu bapanya di Bukit Jelutong, Shah Alam.
Biarpun ramai yang ingin menaja perkahwinan Fouziah, pelakon berdarah Pakistan itu menolak.
Ini kerana ada pihak yang cuba mengawal segala persiapan sedangkan
yang patut memberi idea pada majlis tersebut adalah dirinya dan Zhafran.
Ikuti luahan Fouziah selanjutnya berhubung perkara tersebut ketika
ditemui di syarikat perancang majlis perkahwinan Nas Great Idea Sdn.
Bhd. di Serdang baru-baru ini.
Kosmo!: Apakah yang anda dimaksudkan apabila ada pihak cuba mengawal segala persiapan majlis perkahwinan?
FOUZIAH: Sebenarnya saya terima banyak tajaan untuk majlis
perkahwinan nanti. Tetapi tidak semua yang saya ambil. Sebabnya ada
beberapa pihak yang mahu mengawal segala-galanya tanpa mengambil kira
apa yang saya suka.
Sebelum ini ramai yang mempertikaikan majlis pertunangan anda yang dikatakan kelihatan terlalu mewah.
Kalau ikutkan keluarga saya mahu buat yang lebih mewah untuk majlis
pertunangan saya. Ini kerana saya merupakan anak perempuan tunggal dan
bongsu dalam keluarga. Mereka mahukan yang terbaik untuk saya. Bagi
saya, majlis perkahwinan perlu mengikut kemampuan masing-masing.
Namun jika ia dibuat secara besar-besaran dan meriah, anggap sahaja itu sebagai rezeki.
Bagaimanakah majlis perkahwinan anda nanti?
Tidak semua urusan majlis perkahwinan saya nanti ditaja. Saya gunakan juga duit hasil titik peluh berlakon selama ini.
Debaran menjadi isteri kurang daripada seminggu lagi?
Saya lebih gemuruh dalam menguruskan hal perkahwinan saya. Banyak
benda yang merisaukan saya seperti baju kahwin. Nasib baik Zhafran
sentiasa bersama dan kami sering berbincang mengenai perjalanan majlis
perkahwinan itu.
Boleh cerita lebih lanjut mengenai majlis perkahwinan anda?
Saya akan melangsungkan pernikahan pada 21 September ini di Masjid
Bukit Jelutong, Shah Alam, pada pukul 8 malam. Sebelum majlis pernikahan
itu saya akan mengadakan majlis berinai dengan adat Pakistan. Ada muzik
dan saya akan dicalit dengan pewarna kuning serta disuapkan dengan
manisan.
Bagaimanakah karier lakonan anda selepas berkahwin?
Pemahaman bakal suami terhadap karier lakonan saya masih tidak
menyeluruh lagi. Zhafran sebenarnya seorang yang lurus. Sebelum ini,
jika ada komen peminat yang pelik menerusi Twitter atau Instagram dia
akan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan