Torshavn (Faroe Islands): Jurulatih Jerman, Joachim Loew jelas
tidak sabar untuk melihat pasukannya layak ke pusingan akhir Piala Dunia
2014 pada aksi di laman sendiri bulan depan selepas menang 3-0 ke atas
Faroe Islands yang beraksi dengan 10 pemain, semalam.
Jerman hanya dipisahkan dua mata untuk mengesahkan slot ke Brazil tahun depan dan mesti menang ke atas Ireland di Cologne, 11 Oktober depan sebelum melengkapkan jadual aksi terakhir menentang Sweden, empat hari kemudian.
Kesemua gol Jerman dijaringkan pemain Arsenal, Per Mertesacker,
Mesut Ozil dan bintang Bayern Munich, Thomas Mueller untuk melengkapkan
tiga mata penuh untuk mengetuai Kumpulan C dengan kelebihan lima mata ke
atas Sweden.
“Kini kami boleh mengesahkan kemaraan ke Piala Dunia di tempat sendiri dan ini begitu menarik buat kami,” kata Leow yang turut mengetuai Jerman ketika menang 3-0 ke atas Austria, Jumaat lalu.
,b>Pertahanan kental
“Adakah wajib untuk kami mendapatkan tiga mata di sini dan kami berjaya lakukannya tetapi kamu boleh lihat Faroe Islands bertahan dengan baik. Ia bukan tugas mudah untuk menghadapi pertahanan mereka dan kami perlu tingkatkan hantaran.
Leow mula mengambil alih tugas pengendali Jerman selepas saingan Piala Dunia 2006 dan masih terikat dengan kontrak sehingga Piala Dunia seterusnya tetapi menegaskan masih belum ada sebarang perbincangan mengenai lanjutan kontrak.
Persekutuan Bola Sepak Jerman (DFB) dilaporkan mahu menawarkan pengendali berusia 53 tahun itu tawaran baru sehingga 2016..- AFP
Jerman hanya dipisahkan dua mata untuk mengesahkan slot ke Brazil tahun depan dan mesti menang ke atas Ireland di Cologne, 11 Oktober depan sebelum melengkapkan jadual aksi terakhir menentang Sweden, empat hari kemudian.
“Kini kami boleh mengesahkan kemaraan ke Piala Dunia di tempat sendiri dan ini begitu menarik buat kami,” kata Leow yang turut mengetuai Jerman ketika menang 3-0 ke atas Austria, Jumaat lalu.
,b>Pertahanan kental
“Adakah wajib untuk kami mendapatkan tiga mata di sini dan kami berjaya lakukannya tetapi kamu boleh lihat Faroe Islands bertahan dengan baik. Ia bukan tugas mudah untuk menghadapi pertahanan mereka dan kami perlu tingkatkan hantaran.
Leow mula mengambil alih tugas pengendali Jerman selepas saingan Piala Dunia 2006 dan masih terikat dengan kontrak sehingga Piala Dunia seterusnya tetapi menegaskan masih belum ada sebarang perbincangan mengenai lanjutan kontrak.
Persekutuan Bola Sepak Jerman (DFB) dilaporkan mahu menawarkan pengendali berusia 53 tahun itu tawaran baru sehingga 2016..- AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan