London: QPR kini mensasarkan untuk mendapatkan khidmat Emmanuel
Adebayor sebagai pemain pinjaman apabila penyerang itu dikatakan
berlatih sebagai pemain gantian Tottenham.
Pemain berusia 29 tahun dari Togo itu diketepikan sebagai pemain pilihan di White Hart Lane dan tidak berada dalam pasukan pertama. Pengurus QPR, Harry Redknapp mahu menambat Adebayor dalam skuad tetapi mengakui peluang itu tipis.

Redknapp sudah membeli Tom Carroll dan Benoit Assou-Ekotto
sebagai pinjaman daripada Spur, dan penyerang itu diberitahu berlatih
sebagai pemain gantian di Spurs.
Dia adalah pemain baik tetapi terpulang kepada Tottenham, mereka ada ramai pemain bagus" Harry Redknapp, Pengurus QPR
Tetapi bekas pengurus Spurs itu mengakui ia sukar untuk meyakinkan pemain berkenaan untuk beraksi dalam Liga Championship.
“Dia akan menjadi pemain pinjaman yang baik, itu pasti,” kata Redknapp. “Saya tidak tahu apa akan terjadi kepadanya. Dia adalah pemain baik tetapi terpulang kepada Tottenham, mereka ada ramai pemain bagus.” - AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan