Isnin, 16 September 2013

Suarez, Sturridge bukan bintang


Luis Suarez 
 
LONDON - Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers memberi amaran bahawa Luis Suarez tidak akan menjadi pemain utama Reds apabila dia kembali daripada hukuman penggantungan.

Suarez masih mempunyai baki tiga perlawanan untuk bebas daripada penggantungannya.

Malah, mesej yang sama turut diberikan kepada bintang penyerang Liverpool, Daniel Sturridge yang telah menjaringkan lima gol pada musim ini.

Rodgers berkata, tumpuannya kini adalah untuk memastikan pasukan mampu mencapai sasaran empat terbaik dalam Liga Perdana Inggeris daripada memikirkan pemain mana yang lebih bagus.

"Tidak kira sama ada Luis atau Daniel akan menjadi pemain utama, ini bukan cara kelab membuat penilaian.

"Liverpool adalah tempat untuk pemain membuktikan apa yang mampu mereka buat.
"Tugas utama mereka adalah membantu pasukan mencari kemenangan dan bukan mencari kepentingan peribadi.

"Kami tidak mahu memanjakan pemain. Mereka yang datang menyertai kelab ini mempunyai tugasan yang perlu dilaksanakan.

"Jika mereka mahu menjadi pemain bintang atau mahu menyerlahkan keupayaan individu berbanding mementingkan prestasi pasukan, maka ini bukan tempat yang sesuai buat mereka," katanya. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan