LONDON - Bekas kapten Arsenal, Cesc Fabregas meramalkan pemain baharu
The Gunners, Mesut Ozil bakal menggegar saingan Liga Perdana England.
Fabregas meninggalkan kelab London Utara itu untuk menyertai
Barcelona pada 2011, namun dia masih lagi mengikuti perkembangan kelab
lamanya.
Perancang Sepanyol itu percaya saingan dalam Liga Perdana England
yang mengamalkan gaya permainan menyerang akan memberi peluang kepada
bintang Jerman berharga £42.5 juta (RM218.2 juta) berkenaan untuk
menyinar.
Fabregas berkata: "Dia akan seronok dengan suasana dalam Liga Perdana England.
"Ia adalah liga yang membuka lebih banyak ruang kepada strategi
menyerang dan jika diberi ruang serta masa, Ozil pasti akan menghukum
kamu.
"Seperti yang kita semua lihat ketika dia bersama Real Madrid,
kawalan bolanya sangat bijak dan saya percaya dia akan gembira kerana
beraksi di England."
Ozil dijangka membuat penampilan pertamanya buat The Gunners apabila
menentang Sunderland di Stadium of Light, Sabtu ini. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan