Kuala Terengganu: Belum sampai sebulan meletak jawatan sebagai jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abd Salim dilamar FELDA United bagi mengendalikan kelab itu di Liga Perdana, musim depan.
Lebih membanggakan Irfan, pihak pengurusan kelab itu memberi tanggungjawab dan kebebasan sepenuhnya kepadanya untuk memilih barisan pemain.
"Perbincangan awal sudah dilakukan... Insya-Allah jodoh saya bersama FELDA United akan ditentukan selepas perbincangan dari hati ke hati dengan pengurusan tertinggi pasukan sebaik pulang dari luar negara," katanya semalam.
Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan