Berlin: Miroslav Klose akan berumur 36 tahun apabila Piala Dunia
memulakan saingan di Brazil tahun depan, dan tanpa mengira kecederaan
atau kehilangan prestasi mendadak, dia akan menjadi penyerang tunggal
Jerman dalam kejohanan berprestij itu.
Satu-satunya petunjuk mengenai umurnya pada kelayakan Piala Dunia menentang Austria, kelmarin apabila dia meraikan kejayaan menyamai rekod gol sepanjang zaman Jerman dengan aksi akrobatik yang menjadi identitinya.
Satu-satunya petunjuk mengenai umurnya pada kelayakan Piala Dunia menentang Austria, kelmarin apabila dia meraikan kejayaan menyamai rekod gol sepanjang zaman Jerman dengan aksi akrobatik yang menjadi identitinya.
Tetapi dia lebih pantas daripada Emanuel Pogatetz untuk menyudahkan
hantaran lintang Thomas Mueller hanya selepas setengah jam bagi
memastikan Jerman menang 3-0, sekali gus golnya itu menyamai rekod
jaringan Gerd Mueller yang mengumpul keseluruhan 68 gol antarabangsa.
Percaya kepada Klose
“Anda tahu berapa umur saya. Sudah lama sejak kali terakhir saya melakukan aksi akrobatik, dan saya sukakannya,” kata Klose selepas tampil beraksi dalam perlawanan ke-129 bersama Jerman. “Gol itu membawa banyak maksud tetapi saya tidak mahu meletakkan saya pada tahap sama dengan Gerd.”
Keyakinan jurulatih, Joachim Loew terhadap Klose sangat kuat apabila sanggup meletakkan pemain hebat Mario Gomez di bangku simpanan dan tidak menyenaraikan penyerang Bayer Leverkusen, Stefan Kiessling yang muncul penjaring terbanyak Bundesliga musim lalu dengan 25 gol.
Kiessling, yang dikatakan lebih serba boleh berbanding Klose, berang dengan situasi itu apabila mengumumkan untuk tidak bermain mewakili Jerman selagi Loew membimbing pasukan, bulan lalu.
REUTERS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan