LONDON - Arsene Wenger mengakui bangga dengan persembahan skuad muda
Arsenal yang menundukkan West Bromwich Albion 4-3 menerusi penentuan
sepakan penalti pada aksi pusingan ketika Piala Liga awal pagi semalam.
Pada aksi di Stadium The Hawthorns itu, kemenangan terpaksa
ditentukan menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat
1-1 sepanjang 120 minit permainan.
Pemain tengah Arsenal, Thomas Eisfield meletakkan pasukan pelawat di
depan pada minit ke-61 tetapi Saido Berahino berjaya mengikat kedudukan
10 minit kemudian.
Wenger bangga dengan persembahan barisan pemain skuad The Gunners
terutamanya Eisfield yang baru berusia 20 tahun, Serge Gnabry (18
tahun), Isaac Hayden (18 tahun) dan Chuba Akpom (17 tahun).
"Saya bangga kerana kami menampilkan ramai pemain muda. Mereka mampu
bermain dengan baik dan memiliki semangat juang yang tinggi.
"Sepakan penalti memihak kepada kami tetapi secara keseluruhan, persembahan yang baik lebih penting.
"Pemain-pemain muda Arsenal menunjukkan bahawa mereka mampu beraksi
dengan corak permainan yang kami biasa gunakan sebelum ini," kata
Wenger.
Bagaimanapun, Arsenal berdepan laluan sukar selepas diundi bertemu
Chelsea pada pusingan keempat di Stadium Emirates pada 29 Oktober depan.
- Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan