Kuantan: Walaupun permukaan padang tidak seburuk ketika perlawanan antara Malaysia dan Singapura, pengendali Myanmar dan Thailand turut berpendapat permainan kedua-dua pasukan malam tadi pasti bertambah baik sekiranya keadaan padang lebih baik.

Padang licin
"Sekiranya permukaan padang tidak licin pasti corak permainan lebih baik dan mungkin kita akan menyaksikan tambahan gol," kata pengurus pasukan Myanmar yang mewakili jurulatihnya, Park Sung Hwa.


Thailand dan Myanmar sekadar seri 1-1 selepas masing-masing menjaringkan gol pada babak pertama.

Chayawat Srinawong membuka jaringan untuk Thailand seawal minit kelapan tetapi Myanmar tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi kaptennya, Kyaw Zayar Win empat minit kemudian.

Kongsi mata

Namun selepas kedua-dua gol berkenaan, masing-masing gagal menambah jaringan untuk sekadar berkongsi satu masa.
Keputusann itu meletakkan Malaysia kini di tangga teratas dan kemenangan kedua selepas menewaskan Singapura 1-0 akan mengesahkan tempat ke final.