LONDON - Pengurus Chelsea, Jose Mourinho memberikan amaran kepada
pemilik kelab, Roman Abramovich dan para peminat agar tidak terlalu
meletakkan harapan tinggi dalam usaha mengulangi era kegemilangan di
Stamford Bridge.
Mourinho melaungkan amaran itu selepas skuad The Blues dikejutkan kekalahan tipis 0-1 kepada Everton pada aksi Liga Perdana England kelmarin.
Kekalahan itu merupakan rekod paling buruk Chelsea dalam kempen awal
liga domestik sepanjang era Abramovich meskipun mereka hanya ketinggalan
dua mata di belakang pendahulu, Arsenal.
"Tidak, ia tidak seperti era kegemilangan Chelsea pada 2004,
"Kami tewas kepada Manchester City pada Oktober (2004) dan itu sahaja
kekalahan kami. Namun, apa maksud saya adalah kami bukan pasukan yang
hebat. Ini adalah pasukan yang sangat berbeza.
"Saya pernah bekerja di sini (Chelsea) dan saya tidak berasa tenang
kerana saya adalah individu pertama yang tidak suka bekerja dalam
suasana tenang.
"Namun, kami berusaha menggilap bakat pemain-pemain dan bermain pada tahap terbaik selagi yang termampu.
"Kami perlu lebih efektif, menjadi matang dan tidak naif. Itulah yang
kami perlu lakukan. Kami akan menukarkan corak permainan cantik bola
sepak kepada gol-gol yang menarik," kata Mourinho.
Abramovich dan para peminat skuad The Blues dilaporkan cukup
berpuas hati meskipun tewas kepada Everton kerana mereka sangat berbesar
hati untuk melihat Mourinho kembali selain memberikan masa kepada bekas
jurulatih Real Madrid itu memperbaiki keupayaan Chelsea.
Pada era kegemilangan Chelsea tahun 2004, Mourinho berjaya menjulang
trofi liga buat pertama kalinya selepas sekadar tewas satu perlawanan
kepada City.
Bagaimanapun, Chelsea kehilangan lima mata berharga sepanjang empat
perlawanan pertama termasuk kekalahan tipis kepada Everton menerusi
jaringan Steven Naismith di Goodison Park.
"Kami bukan sebuah kelab yang boleh menerima semua situasi buruk.
Kami akan berusaha untuk mengejarnya (pendahulu liga, Arsenal).
"Permulaan musim ini sangat sukar. Kami beraksi di gelanggang lawan
ketika menentang Manchester United dan Bayern Munich pada aksi Piala
Super Eropah serta Everton," katanya. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan