Brussels: Usain Bolt mahu penghujung kerjayanya berakhir dengan
gemilang bagi memastikan statusnya sebagai pelari pecut paling berjaya
di dunia dan menjadi seorang bintang dalam arena sukan global.
Jaguh dari Jamaica itu seakan memberi bayangan betapa Sukan Olimpik seterusnya di Rio, Brazil mungkin menjadi medan terakhirnya dengan mensasarkan acara kegemaran, 100m dan 200m.
Beri tenaga
Pada Kejohanan Dunia Moscow, Bolt meraih kejayaan trebel apabila menguasai 100 meter lelaki, 200m dan mengetuai Jamaica untuk merangkul emas dalam acara 4x100m lelaki.
“Saya sentiasa berlari pantas di sini. Peminat memberikan saya tenaga dan semua orang dari seluruh Eropah hadir kerana mahu saksikan saya berlumba di sini.
“Trek ini begitu pantas dan di sinilah tempat yang saya mahu kembali tetapi ia akan jadi perlumbaan yang sukar kerana semuanya akan turut berada di sini,”
Bolt berada di Zurich bagi aksi final kedua Siri IAAF Diamond League 2013 selepas mengesahkan penyertaan pada aksi di Zurich minggu lalu.
AFP

Tiada ulasan:
Catat Ulasan