JOHOR BAHRU - Kontroversi isu pengawal keselamatan, Azman Mohd. Nayan
yang dikatakan dimaki hamun dan ditendang isteri pemain bola sepak
pasukan Johor Darul Takzim, Nor Shahrul Idlan Talaha atau Mat Yo,
bertindak di luar jangkaan semalam apabila memasang pengawal keselamatan
semata- mata untuk mengelak dirinya daripada ditemu bual pihak media.
Tindakan terdesak itu dilakukan sebaik sahaja penyerang sensasi itu
tamat sesi latihan bagi persediaan menjelang perlawanan suku akhir Piala
Malaysia di Padang Seri Gelam di sini pukul 6.50 petang.
Media yang datang seawal pukul 4.30 petang terlebih dahulu
dikecewakan oleh Mat Yo apabila beliau enggan melayan wartawan dan hanya
berkata: "Saya dah lambat ni, nak pergi training (latihan)."
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan