Ahad, 5 Mei 2013

Bermain secara 'santai'



FERGUSON (kiri) berharap para pemain United akan beraksi dengan tenang pada pertemuan menentang Chelsea di Stamford Bridge malam ini.


MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menggesa anak-anak buahnya bermain secara 'santai' selepas dinobatkan sebagai juara Liga Perdana England musim ini.

Ferguson memberikan arahan itu menjelang aksi menentang Chelsea di Stamford Brigde malam ini.
Meskipun pendekatan Ferguson itu bakal memberikan peluang buat Manchester City, Chelsea, Arsenal dan Tottenham Hot- spur untuk bersaing sengit dalam perebutan empat tempat teratas, ia tidak bermakna United memandang mudah cabaran skuad The Blues.

Selepas mencatat keputusan seri 1-1 dengan Arsenal minggu lalu, United gagal untuk menyamai rekod Chelsea dengan mengutip mata tertinggi sebanyak 95 mata musim ini.
Begitupun, beliau tetap fokus untuk memburu tiga mata berharga ketika berdepan skuad kendalian Rafael Benitez itu.

"Sudah tiba masanya kami bermain dengan lebih tenang, santai dan menikmati status selaku pasukan juara.
"Itulah yang saya mahu lihat dan mudah-mudahan kami akan memperoleh keputusan yang baik musim ini."
Meskipun masih segar dengan pelbagai kejayaan memenangi gelaran liga ke-20 dan anugerah daripada Persatuan Pemain-Pemain Profesional (PFA) England baru-baru ini, pemain-pemain The Red Devils perlu 'sibuk' di atas padang.

Pengendali kelahiran Scotland itu mahu barisan pemain melupakan seketika upacara menjulang trofi liga selepas menentang Swansea City pada 12 Mei ini dengan memberikan fokus kepada baki perlawanan musim ini.

"Perkara-perkara seperti ini memang tidak dapat dielak. Saya tidak pernah mengambil kira mengenai situasi yang berlaku seperti Anugerah PFA, anugerah tahunan dan perarakan (selepas menjulang trofi liga).
"Ia merupakan musim menakjubkan bagi pemain United kerana mereka berhak untuk meraikan kejayaan tersebut.

"Namun, ia tidak bermakna mereka boleh melupakan matlamat utama kerana United masih perlu memberikan perhatian kepada baki perlawanan musim ini," ujarnya. - AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan